Reduced price! Zaem Rasya Kaseh Aries Publication Expand

Zaem Rasya

Kaseh Aries Publication Kaseh Aries Publication

Kaseh Aries

New

Penulis : Shiroe Sherry

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Zaem Rasya
Penulis : Shiroe Sherry
Harga : RM28.00
ISBN : 9789672035688

Sinopsis
Pada Rasya, cinta Datuk Zulkarnain kepada ibu saudaranya hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apatah lagi lelaki itu sudah pun mempunyai tiga isteri. Demi mencari bukti telahannya adalah benar, Rasya bertindak ‘masuk’ ke dalam mahligai lelaki itu sebagai pengurus rumah.

Namun, bekerja di situ bukanlah sesuatu yang mudah. Tuan Zaem aka Lord Vader, anak Datuk Zulkarnain itu sentiasa mencari salahnya. Hidupnya tak pernah aman.

“Saya akan perhatikan awak dari masa ke semasa. Awak ingat office awak saja ada video rakaman CCTV rumah ni? Jangan nak gembira sangat.” - Tuan Zaem

Malangnya dia sudah terlalu jauh bermain dengan api sehingga hampir memakan dirinya. Rasya harus berhenti.

“Tuan Zaem tak ada ciri-ciri lelaki idaman saya.” - Rasya

“Saya akan pastikan ciri-ciri lelaki idaman awak bertukar kepada Zaem Daniel! Zaem Daniel! Zaem Daniel! Tak perlu ciri-ciri lain dah.” - Tuan Zaem

Ada sesuatu yang menghalang Rasya dari menerima lamaran cinta Tuan Zaem. Dan belum sempat dia berterus-terang, semuanya telah terbongkar.

“Mulai dari hari ni... sila berambus daripada hidup saya.” - Tuan Zaem

“Saya janji tak akan muncul lagi depan tuan.” - Rasya

Menyedari kesilapannya, Tuan Zaem kembali mengejar cinta Rasya. Namun berjayakah Tuan Zaem meraih kembali cinta dan mengubati luka hati si gadis? Apakah rahsia besar yang cuba disembunyikan Rasya hingga dia menjadi mangsa tohmahan?

Kaseh Aries Publication

Write a review

Hate Or Love You

Penulis : Eliza Ab