Cuti Hari Raya Aidiladha

Tempahan & bukti bayaran hendaklah dihantar selewatnya 27 Julai (Isnin)

Tempahan & bukti bayaran yang dihantar bermula 28 Julai (Selasa), tempahan tersebut akan mula diproses pada 3 Ogos (Isnin)

Sila rancang tempahan masing-masing untuk elak sebarang kesulitan

REBAT KOS POS RM5 (MIN PEMBELIAN RM50)

MASUKKAN KOD : RM5 DI RUANGAN BAUCER

*MALAYSIA SAHAJA

Reduced price! Kain Batik Merah Expand

Kain Batik Merah

Kaseh Aries Publication Kaseh Aries Publication

Kaseh Aries

New

Penulis : Faten Anur

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Kain Batik Merah
Penulis : Faten Anur
Harga : RM24.00
ISBN : 9789672035596

Sinopsis

Sebut saja nama Ngah Langit Hitam, sudah tentu telinga yang mendengar akan menggigil ketakutan dan tak senang duduk. Masing-masing sudah kenal, siapa Ngah Langit Hitam. Kehilangannya dari kampung secara tiba-tiba sering menjadi tanda tanya penduduk, tetapi tak pernah ada seorang pun yang sudi bertanya kepada Maimun, bekas isteri Ngah Langit Hitam.

Sejak bermulanya kematian Maria dalam keadaan mengerikan, nama Ngah Langit Hitam kembali meniti di bibir penduduk. Masing-masing sudah tidak senang hati, dan sudah tentunya Melur dan Maimun menjadi mangsa keadaan.
Semenjak itu, Maimun sering dihantui resah. Terngiang-ngiang lagi kata-kata bekas suaminya pada hari terakhir dia lihat wajah lelaki itu. Kata-kata itu berupa ancaman dan malapetaka yang akan menimpa mereka.

Tambahan pula, sejak kali pertama Maimun dan Melur didatangi mimpi-mimpi aneh, hidup mereka semakin kacau. Setiap hari, Maimun dapat rasakan yang ‘dia’ sudah mula mendatangi Melur.
Maimun: “Aku takkan biarkan. Aku takkan benarkan. Dia anak aku!”

Dalam usaha Maimun yang kononnya ingin selamatkan Melur dari Ngah Langit Hitam, dia sebenarnya sudah terlambat semenjak Melur mula bertemankan kain batik merah. Kain batik busuk dan kotor yang pernah dibuangnya dahulu kini sudah menjadi milik Melur sepenuhnya. Tanpa sedar, ‘penolakkannya’ dulu kini menjadi musibah buat anaknya sendiri, Melur.

Kaseh Aries Publication

Write a review

Kain Batik Merah

Kain Batik Merah

Penulis : Faten Anur