Reduced price! Tentang Martin Expand

Tentang Martin

Kaseh Aries Publication Kaseh Aries Publication

Kaseh Aries

New

Penulis : Ann Hann

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Tentang Martin
Penulis : Ann Hann
Harga : RM28.00
ISBN :

Sinopsis
Puan Rosni gembira dan menepuk lenganku bangga. Beberapa minit kemudian, Tuan Daniel sampai bersama setiausahanya. Lelaki itu lantas mengambil tempat duduk di sebelahku memandang cuma dua bangku di sebelahku sahaja yang kosong. Disebabkan meja bilik pratonton itu bulat, maka semua orang duduk mengitari meja besar itu dan mudah sungguh hendak berpandangan antara satu sama lain. Termasuklah jelingan Martin kepadaku. Anak mata hitamnya tajam menusuk ke dada seolah-olah menikam tepat sudut rasa bersalah kerana Tuan Daniel duduk di sebelahku.

“Baiklah, kita mulakan sekarang Martin.” Arah Puan Rosni. Martin pantas bangun. Suhan mematikan lampu siling. Hanya sinaran dari projektor yang memancar pada skrin putih. Muzik intro Money Bunny bergema dengan rentak lucu serta nama-nama para selebriti mula terpapar dengan grafik yang menarik. Namaku turut terpapar sebagai orang yang menghasilkan idea. “Ini idea Lila juga?” Tuan Daniel mendekatkan sedikit kepalanya. Aku tersentak sesaat.

“Err... ya, tapi team lain pun banyak membantu berikan idea untuk saya buat program ni.” Laju aku menjawab sambil mengerling Martin yang sedang memerhatikan aku dan Tuan Daniel dari depan sana. Tidak syak lagi. “Wow... hebat!” Puji Tuan Daniel ringkas. Kemudian semua penonton mula ketawa. Ada yang ketawa besar melihat gelagat para pelawak yang berebut-rebut menggali tanah mencari harta karun. Aku turut geli hati. Adegan lucunya memang menghiburkan. Kerja-kerja Martin jarang mengecewakan. Rata-rata penaja, krew yang terlibat dan para penilai berpuas hati dengan pratonton ini. Maklum balas positif penting kerana Money Bunny melibatkan banyak lokasi yang memerlukan tajaan dan para selebriti.

Lampu dihidupkan semula. Semua orang bertepuk tangan. Tuan Daniel mengangguk sambil memuji dan tak henti-henti melayang senyumannya kepadaku. Ketika para penaja lain menemui Martin, Tuan Daniel telah menyatakan persetujuannya untuk menjadi penaja utama rancangan itu kepada Puan Rosni. Dan kemudian, dia mendekati aku yang ketika itu sedang menyusun idea dan skrip ke dalam fail. “Saya sangat bangga dengan awak, Lila. Tak hairanlah orang-orang dari Kota Media selalu menyebut nama awak. Kenapa awak tolak tawaran dari sana?” Tiba-tiba sahaja Tuan Daniel bertanya tentang itu. Mujur sahaja Puan Rosni sedang bercerita dengan penaja-penaja lain.

“Saya suka bekerja dengan Puan Rosni, kami akan berusaha menaikkan nama E-Rose Tv dengan idea kami nanti.” Jawabku jujur sambil memeluk fail ketika berdiri di depan Tuan Daniel yang segak bergaya. Lelaki itu mengangguk. “Puan Rosni beruntung dan saya sangat gembira kerana dapat jumpa awak, Lila. Kalau saja awak tidak bekerja di bidang ini, saya pun bersedia untuk tawarkan awak pekerjaan dalam syarikat saya. Saya memerlukan seorang wanita yang bekerja keras macam awak di syarikat saya.” “Terima kasih, Tuan Daniel. Kami sangat terhutang budi kepada tuan sebab sudi jadi penaja kami.” Aku tersenyum kecil. “Apa saja untuk awak, Lila. Beritahu saya apa saja yang awak perlukan, saya akan tunaikan semuanya.” Tuan Daniel mengakhiri perbualan kami sebelum keluar bersama setiausahanya tanpa menemui Martin.

“Apa dia nak?” Suara Martin mengejutkan aku dari belakang dengan tangannya menjalar ke pinggangku. “Tak ada apa-apa. Dia setuju untuk jadi penaja Money Bunny juga. Berita bagus, kan?” Aku berpaling kepada Martin yang berwajah serius. “Saya keluar dulu Martin, Lila. Nak pergi dewan makan dengan penaja. Kalau kamu tak sibuk, boleh terus ke dewan. Kita lunch di sana.” Tiba-tiba Puan Rosni mencelah. “Baik, puan. Terima kasih.” “Cara dia pandang kau tu, buat aku macam nak korek biji matanya.” Martin masih tak puas hati lagi. Dia menggigit bibirnya sambil memandang ke luar. Pantas aku menarik tangannya ke dalam jemariku. “Jom balik department. Saya nak ke lokasi lagi ni.” Aku malas nak melayan orang yang tengah cemburu.

Kaseh Aries Publication

Write a review

Andai Prejudis Itu

Penulis : Maya Iris