PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! Semarak Rindu Untuk Dia Expand

Semarak Rindu Untuk Dia

Kaseh Aries Publication Kaseh Aries Publication

Kaseh Aries

New

Penulis : Azieana

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Semarak Rindu Untuk Dia
Penulis : Azieana
Harga : RM28.00
ISBN : 9789672035503

Sinopsis
Perkahwinan Intan dan Faris bukanlah sesuatu yang manis untuk dikenang. Tapi ia bukanlah satu penyebab untuk tidak meneruskan ikatan itu. Namun, campur tangan orang ketiga dan kepercayaan yang dikhianati telah meleraikan ikatan hati yang baru terbina.

“Selangkah you keluar dari rumah ni, I haramkan kaki you pijak ke sini lagi. Ingat tu!” – Faris

“Awak boleh ceraikan saya tapi saya mahukan pampasan sebagai balasan.” – Intan

Pertemuan selepas 5 tahun berpisah telah membongkar segalanya. Mereka mempunyai zuriat bersama. Maka bermulalah misi Faris memikat kembali jandanya. Namun bukan mudah untuk melembutkan hati seorang Intan yang telah terluka parah dan dalam.
Ditambah dengan kehadiran Izzat, lelaki yang bersama Intan susah dan senang sepanjang mereka berpisah.

“I’m sorry, Encik Faris. I cuma nak tegaskan kepada you, apa saja yang berlaku antara kita dulu sudah hilang dari ingatan.” – Intan

“I tak pernah lupakan you sejak kita berpisah. Bertahun-tahun I menunggu you muncul depan mata I semula untuk kita bersama kembali.” – Faris

“Lamaran I itu sentiasa terbuka untuk you. Tak ada tarikh luputnya.” – Izzat

Berjayakah misi Faris untuk menawan kembali hati Intan? Kuatkah jodoh mereka di saat keluarga masing-masing mempunyai jodoh pilihan untuk mereka? Siapa pula dalang sebenar dalam peristiwa hitam itu?

Kaseh Aries Publication

Write a review

Tebus

Penulis : Hana Ilhami