Reduced price! BLACK GHOST MegatAdri Expand

BLACK GHOST MegatAdri

Karya Seni Karya Seni

FP

New

Penulis : Lily Haslina Nasir

More details

RM28.50

RM30.00

-5%

Tajuk : BLACK GHOST #MegatAdri
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM30
ISBN : 9789674692087

Sinopsis
Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah ­dengan cop 10 jari, membentuk peribadi.

Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya. Di paha bapanya, Mejar Kamal, ­masih terbenam peluru sesat.  Terlalu banyak kisah silam dan rahsia perjuangan terdahulu yang dia.

Ada ketika kisah silam itu wajar dikuburkan agar tiada dendam kesumat membakar jiwa dalam diam.  Bagi lelaki ini, sejarah mampu mengasuh jiwa untuk lebih cintakan tanah air.  

“Kenapa kau selalu mengelak. Kau takut cinta?” – MAWAR

“Perempuan yang menghimpit aku sambil ­lafazkan cinta, itu lebih bahaya daripada seribu anggota ­infantri.” – MEGAT ADRI

“Kau lelaki yang tak ada emosi?” – MAWAR

“Aku hanya setia pada Tuhanku, rasulku, agama aku, raja-raja aku dan tanah ini.” – MEGAT ADRI

Dia benci penaklukan jiwa.

“Penjajahan tidak sekadar penaklukan tanah, ­cengkaman minda itu lebih menggerunkan. Aku ­terlahir untuk bertarung, terlatih untuk membunuh, siap untuk mati tapi pada musuh, aku ingin ­berpesan. Awas, aku tidak akan pernah mati jiwa raga biar ­kepala sudah terpenggal.” – MEGAT ADRI

Air mata, darah dan nyawa menjadi taruhan. ­Rahsia ­menyertai BLACK GHOST ditutup rapat. Hanya Umar Alhaidhar dan rakan sepasukan yang tahu dialah Helang ­tambatan pasukan. Tiada siapa yang tahu waima bapa dan ­datuknya.

Di Putrajaya, dia bersabung nyawa dalam taufan peluru dan letupan. Semuanya demi kedaulatan tanah dikasihi.

Write a review

Dr Alpha Male

Penulis : Anjell