Reduced price! Relaku Pujuk Karya Seni Expand

Relaku Pujuk

Karya Seni Karya Seni

Karya Seni

New

Penulis : Sayhazs Zailie

More details

RM31.50

RM35.00

-10%

Tajuk : Relaku Pujuk
Penulis : Sayhazs Zailie
Harga : RM35.00
ISBN : 9789674691721

Sinopsis
“Usahlah kau bersedih,
Di hadapanmu aku hadir,
Memadam resah dah curiga dari hatimu…”

ARYAN ALFIANSYAH WONG. 10 tahun kejar impian, akhirnya lelaki itu putuskan untuk pulang setelah puas menjelajah semesta alam. Tak sabar rasa nak bersua. Dah rindu sangat pada keluarga. Tapi baru beberapa minit touch down, belum pun sempat sampai rumah, Aryan diculik geng Crazier... The most wanted criminal gang in Malaysia! Sebab? Dia anak Aryawan Wong, hartawan terkenal Indonesia. Dalam senarai orang terkaya dan berpengaruh di dunia.

Orang kena culik jadi trauma, fobia, cepat-cepat nak bebas. Tapi Aryan? Lelaki itu sedih bila tahu dirinya akan dilepas. Gara-gara si mata biru, Miss of Crazier.

“Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku.” - SEFHIA

“Kalau aku enggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti.” - ARYAN WONG

Masin mulut Aryan. Atas takdir Allah, mereka kembali ditemukan. Dalam insiden tak disangka-sangkakan.

“EMERLINE SEFHIA. Jadi ini nama kamu? Namanya bagus sekali. Tapi orangnya kok jadi kayak gini?” - ARYAN WONG.

Seboleh-bolehnya Sefhia nak lari jauh dari Aryan. Tapi sekuat-kuatnya Aryan mahu ikat gadis berkenaan. Atas rencana ‘gila’, gadis itu dinikahi. Nak selamatkan keadaan dan identiti diri.

“Kau kahwin dengan aku, kau akan menyesal.” - SEFHIA
“Oh, ya? We will see. Siapa yang bakalin nyesal, siapa yang bakalin terpujuk nanti!” - ARYAN WONG.

Aryan terus memujuk. Sefhia bagaikan terbuai. Baru indah mula bertebaran, namun segalanya direntap di tengah jalan.

“You need to get back to me. Forget about him, forget about your love. Come back to your life, and return to your old world! You are mine, Sefhia!” - ZEN

Penemuan ‘sesuatu’ milik Sefhia buat keluarga Pak Aryawan tambah tak keruan. Gadis itu harus dicari. Bukan hanya nak kembalikan semangat Aryan. Tapi demi menoktah rahsia lebih 20 tahun yang sekian lama tergantung misteri!

Write a review

Relaku Pujuk

Relaku Pujuk

Penulis : Sayhazs Zailie