Memori Inara Expand

Memori Inara

Karya Seni Karya Seni

FP

New

Penulis : Sara Aisha

More details

This product is no longer in stock

RM30.00

Tajuk : Memori Inara
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-469-122-6

Sinopsis
Cinta itu seperti pedang dua mata. Bisa melindungi, juga melukai.

********************************
“I’m your husband.”

Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.

“Ara kehilangan memori empat tahun ini.”

Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.

Namun…

Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah?

“Aku nak kau mati.” - Dia

“Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa.” - Gibran

Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri.

“How do you feel?”
“Macam orang kena kahwin paksa.”
“Then, you will fall for me.”
“Huh?”
“Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?”

Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?

Write a review

Aku Lelaki Sejatimu

Penulis : Nureen Mirza