Klik Untuk Pembelian Di Shopee

Reduced price! Cagaran Cinta Expand

Cagaran Cinta

Karya Seni Karya Seni

Karya Seni

New

Penulis : Siti Khadijah

More details

RM25.20

RM28.00

-10%

Tajuk : Cagaran Cinta
Penulis : Siti Khadijah
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-469-096-0

Sinopsis
“Eh, kejap...” Suara Sufi menarik perhatian Hail dan Baim. Langkah Baim terhenti di belakang Sufi sedangkan Hail hanya menanti bicara daripada gadis itu.

“Kenapa, Sufi?” soal Baim pelik. Dia memandang ke arah pandangan mata Sufi. Jelas, anak mata bundar itu sedang merenung pokok pisang.

“Cuba encik tengok pokok pisang ni...” ujar Sufi seraya menuding jari ke arah pokok pisang yang sudah berbuah.
Dahi Baim berkerut seribu. Dia hanya menurut dengan tanda tanya bermain di dalam kepalanya.

“Saya dah bosan tiap-tiap hari tengok pokok pisang. Apa yang tak kena dengan pokok tu?” soal Baim inginkan jawapan.
“Kalau kita suka aniaya orang lain, kita sama ajelah macam pokok pisang ni...” jawab Sufi tanpa sedikit pun mengalih bola matanya daripada menatap pokok pisang tersebut.

“Maksud awak?”

“Hanya pokok pisang, pokok yang ada jantung tapi tak ada hati!” Ayat terakhirnya ditekankan dan dikuatkan agar didengari oleh Hail. Anak matanya dilirikkan ke arah Hail sebelum dia menjeling benci.

Write a review

Salju Kyoto

Penulis : Sara Aisha