Reduced price! Pembuka Hati Expand

Pembuka Hati

Karya Seni Karya Seni

Karya Seni

New

Penulis : Sara Aisha

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Pembuka Hati
Penulis : Sara Aisha
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0246-99-4

Sinopsis
TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL... Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar ego lelakinya?

“Kau memang suka berlagak baik, kan?”- Nur Adra
“Baik? Huh! For your information, istilah ‘baik’ tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Jadi, jangan sesekali cuba cabar kesabaran aku!” - Syafiq

NUR ADRA... Hatinya kosong. Jiwanya mati. Baginya, kehidupan ialah lebih kejam daripada sebuah kematian. Kemunculan lelaki bernama Syafiq itu pula, tambah mengacau-bilaukan keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, akan ada wajah tenang Syafiq. Dan sungguh! Dia benci akan ketenangan itu. Ketenangan yang seakan-akan mengejek seluruh perjalanan hidupnya.

“Awak ni... Perempuan jenis apa sebenarnya?” - Syafiq “Dia... Lelaki yang mampu membaca kau, Nur Adra.” - Adra

Kemunculan bersahaja Nizam membuatkan Adra terperangkap dalam percaturan antara lelaki itu dan bapanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan paling drastik dalam hidupnya.

“Tuan Syafiq Tuan Haikal, will you... Marry me?” - Nur Adra
“Awak takkan mampu bayangkan saya ini manusia jenis apa. Lelaki jenis apa. Kalau awak tahu, Ara... Awak takkan mahu jatuh ke tangan saya.” - Syafiq

Tatkala kehidupan mereka semakin berselirat, Syafiq kian tertanya-tanya. Mampukah dia membuka pintu hati Adra? Atau mungkinkah Adra akan terus hanyut dan tenggelam dalam kegelapan yang semakin membunuh jiwanya?

Write a review

Jihad Mardina

Penulis : Fida Rohani