Reduced price! Hate Or Love You KarnaDya Expand

Hate Or Love You

KarnaDya KarnaDya

KarnaDya

New

Penulis : Eliza Ab

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Hate Or Love You
Penulis : Eliza Ab
Harga : RM28.00
ISBN : 9789674063054

Sinopsis
Hanya kerana gambar aibnya bersama dengan seorang lelaki, Nurin Natasya diceraikan pada malam dia dinikahkan. Dia dihina, dituduh sebagai pelacur dan hampir dirogol. Akibat dari kejadian itu, Encik Nazaruddin meninggal dunia dan Puan Noraishah membencinya.

“Kalau bukan disebabkan dia, abang tak akan pergi dulu daripada Nora. Nora benci dengan dia.” - Puan Noraishah

Selama 5 tahun Nurin Natasya menyimpan perasaan dendam. Orang yang bertanggungjawab dalam kejadian itu perlu dicari dan dihukum. Pertemuan dengan Farid Aiman menjadi titik permulaan kepada matlamatnya. Amir Hakim, ayah Farid Aiman penyebab kepada kesemua yang terjadi pada dirinya.

“Pandai kau berlakon. Kau ingat aku tak kenal siapa diri kau yang sebenarnya?” - Nurin Natasya

Bagi Farid Aiman, pertemuan dengan Nurin Natasya membuatkan hidupnya tidak tenang. Gadis itu sukar untuk didekati dan seorang yang perahsia. Demi mengenali siapa Nurin Natasya, Farid Aiman mengatur rancangan.

“Kenapa sukar untuk aku dekati kau, Nurin. Rahsia apa yang kau sembunyikan selama ini?” - Farid Aiman

Berkahwin dengan Farid Aiman bukanlah keinginan Nurin Natasya. Demi membalas perbuatan sekaligus menjatuhkan Amir Hakim, dia terpaksa menerima perkahwinan itu. Hanya dengan mempergunakan Farid Aiman, mudah untuk dia membalas dendam.

Berjayakah Nurin Natasya membalas dendam? Rancangan apa yang diaturkan oleh Farid Aiman demi untuk mengenali Nurin Natasya? Siapa pula lelaki di dalam gambar yang telah memusnahkan hidup Nurin Natasya?

Write a review

Tersalah Aturan Cinta

Penulis : Sara Irdina