Reduced price! New Miss Mochi Expand

Miss Mochi

KarnaDya KarnaDya

KarnaDya

New

Penulis : Aein Dhiyauddin

More details

RM20.90

RM22.00

-5%

Tajuk : Miss Mochi
Penulis : Aein Dhiyauddin
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-406-314-6

Sinopsis
“Awak panggil saya nama kuih? Mochi tu kuih, kan? Kenapa awak panggil saya mochi?” - Raisya

“Saya dah panggil nama Raisya tapi awak tak menoleh pun. Bila saya panggil Mochi, terus aje awak pusing.” - Ilham

Panggilan Mochi memang pelik bagi Raisya. Namun kerana panggilan pelik itu dia jatuh hati kepada Ilham. Lelaki itu bukan sahaja kacak tetapi juga romantik serta pandai mengambil hati.

“Saya rindukan awak. Sepanjang hari ni hati saya tak tenang sebab tak nampak muka awak.” - Ilham

“Encik Ilham tahu tak? Ada akta untuk dakwa orang ketiga. Kalau encik sibuk nak kacau kami, bersedialah nak kena saman.” - Raisya

“Macam mana nak wujud orang ketiga kalau orang kedua tu pun macam tak wujud?” - Ilham

Raisya terbuai dengan layanan Ilham sehingga dia hampir lupa statusnya. Dia telah ditunangkan oleh arwah datuknya sejak kecil lagi dengan anak kenalannya bernama Ariff. Raisya terpaksa melupakan Ilham sehingga tarikh lahirnya ke-26 tiba.

Saat kesetiaannya kepada tunangnya mula goyah, akhirnya Ariff muncul di depan Raisya. Seusai mengenali tunangnya, Tajul Ariff, Raisya terngadah. Kemunculan Tajul hanyalah disebabkan dendam kepada Ilham, bukannya disebabkan wasiat itu.

“Awak muncul bukan sebab nak penuhi wasiat tu. Awak tak ambil tahu pun sebenarnya. Awak muncul di depan saya sebab Ilham. Sebab awak tak nak Ilham gembira. Awak pun tak suka saya sebenarnya!” - Raisya

“Memang saya nak seksa Ilham. Sebagaimana saya terseksa sakit dulu. Sebab tu saya muncul di depan awak. Saya memang sengaja rampas awak daripada dia! Awak dah tahu semuanya... Tapi jangan harap awak lepas daripada saya!” - Tajul
Raisya akur jika jodohnya bersama Tajul kerana dia sudah berjanji akan tunaikan wasiat arwah datuknya. Namun, mampukah cinta hadir dalam diri Miss Mochi buat Tajul Ariff sedangkan cintanya yang berputik hanya untuk Ilham Ariff?

Write a review

Miss Mochi

Miss Mochi

Penulis : Aein Dhiyauddin