Reduced price! Apa Saja Untukmu, Sayang Expand

Apa Saja Untukmu, Sayang

Kaki Novel Kaki Novel

Kaki Novel

New

Penulis : Zya Za

More details

This product is no longer in stock

RM27.00

RM30.00

-10%

Tajuk : Apa Saja Untukmu, Sayang
Penulis : Zya Za
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0448-79-4

Sinopsis
“Jika awak pegang bunga itu, saya akan terus-terusan berasa sakit.”
Darriz terkejut bukan kepalang apabila satu suara merintih di belakangnya. Darriz segera berpaling. Dia tertelan air liur apabila seorang wanita berselubung putih sedang memegang dadanya. Cuma matanya yang indah itu kelihatan. Darriz terpanar.

“Siapa awak? Apa awak buat di sini?” tanya Darriz mendadak.
Seingatnya tiada siapa ketika dia dan Risya sampai tadi. Kehadiran wanita ini yang tiba-tiba menegurnya hampir membuatkan jantungnya terlompat keluar.

“Saya pemilik taman ini. Dan apa yang awak sedang pegang sekarang ialah hati saya.”

Darriz memandang ros biru di tangan. Kemudian matanya kembali memandang wanita aneh itu. Serentak itu dia ketawa.

“Apa yang awak merepek ni, hah? Ini cuma sekuntum ros biru yang saya jumpa di taman ni. Awak pemilik taman ini pun tak sedar adanya ros biru ini bukan? Jadi ia milik saya kerana saya yang temuinya,” marah Darriz pula dalam nada sinis.

Dia berdiri menghadap wanita yang masih tertunduk itu. Ingin saja dia menarik kain yang menutup wajahnya. Dia mahu lihat si pemilik ‘hati’ di tangannya. Matanya saja sudah indah. Tentu sekali wajahnya secantik bidadari. Hati Darriz berdetik.

“Tolong jangan ambilnya daripada saya. Saya tidak boleh hidup tanpanya. Jika awak membawanya pergi dari sini, saya akan menderita kesakitan,” rintih suara halus itu lagi.

Darriz mula memikirkan kemungkinan itu. Dia bukan bodoh untuk percaya bulat-bulat. Ros biru itu diangkatnya lalu dibenamkan jarinya ke duri yang tajam. Darah pekat mengalir lagi.

“Arghhh!!!” jerit wanita itu tiba-tiba. Darriz terkesima dengan apa yang dilihatnya. Dia yang berdarah, namun yang sakitnya wanita itu pula. Apa maksudnya ini? Dia buntu. Kepalanya berdenyut-denyut kerana tidak faham. Benarkah ros biru ini hatinya hinggakan aku yang tercedera ini tidak terasa sakitnya?

“Abang!!!” Risya melambai-lambaikan tangannya dari jauh.
Darriz memandang sekejap cuma. Dia mahu membantu wanita di hadapannya ini yang sudah rebah. Mata yang jernih itu sudah digenangi air jernih. Barangkali terlalu sakit, gumam Darriz. Darriz merapatkan telinganya ke wajah itu kerana dia kurang jelas tutur kata wanita yang sudah lemah itu.

“Ros biru ini ialah awak, Darriz. Dan awak ialah hati saya. Jika awak terluka, saya yang akan rasa sakitnya. Jika awak membawanya pergi, saya juga akan hilang arah hidup saya.”

Air liur yang mengalir terasa kesat di rongga tekak. Darriz memandang lama wanita yang tercungap-cungap itu. Nafasnya tersekat-sekat. Melihatkan keadaan itu, Darriz yakin dia sudah tidak punya banyak masa. Risya juga sedang berjalan ke arahnya.

Teragak-agak Darriz mengangkat tangannya, namun terasa berat amat untuk dia membuka kelubung itu. Seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Tolonglah, aku mahu melihat pemilik hatiku ini.

“Ezr!” Risya sudah memanggilnya dengan nama.
Darriz tahu dia sudah kehilangan peluang itu. Dia lantas bangun. Dia tidak mahu Risya berfikir yang bukan-bukan. Belum sempat Risya sampai kepadanya, dia terlebih dahulu mendapatkan Risya.

“Kita mesti pergi dari sini dengan segera.” Darriz bersuara keras.
Tangan kanan menggenggam tangan Risya manakala tangan kirinya memegang ros biru. Dia berpaling ke belakang buat kali terakhirnya. Tubuh wanita itu bergerak perlahan-lahan. Dia lihat tangan itu diangkat seperti cuba menggapainya. Mata itu sangat sayu memandang dirinya yang sudah menjauh. Maafkan aku pemilik ros biru. Kau mungkin pemilik hatiku, tapi hatimu bukan milikku. Tuturnya dalam diam.

Sebaik sahaja mereka berlari keluar mendapatkan kereta, taman itu bertukar menjadi debu serta-merta. Tiada apa yang tinggal melainkan sekeping kertas berwarna biru yang melayang ke arahnya. Darriz pantas mencapai kertas kecil itu. Dia membaca tulisan di atasnya.
Hanya kau bidadariku, wahai pemilik ros biru.

Terkesima. Itu tulisan tangannya! Bila dan mengapa dia menulisnya? Darriz makin keliru. Bila teringatkan kata-kata terakhir wanita aneh itu tadi, hatinya dirundum kesal. Itu ialah bingkisan hatiku untuknya. Kali ini, Darriz benar-benar mengalirkan air mata.

Write a review

Perfect Match!

Penulis : Waniey Zakaria