PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN 15% 

SILA KLIK DI SINI

Reduced price! Vignette Expand

Vignette

Jemari Seni Jemari Seni

Jemari Seni

New

Penulis : Syud

More details

This product is no longer in stock

RM23.75

RM25.00

-5%

Tajuk : Vignette
Penulis : Syud
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0851-45-7
Mukasurat : 246

Sinopsis
Dia tu macam... vignette.

Keliling gelap, tengah-tengah sahaja yang jelas. Dan tak ada garis jelas yang memisahkan antara keliling yang gelap dengan tengah yang terang itu. Macam mimpi.


[i]

Kata Najiha:

"Aku nak kekalkan sikap aku yang hanya akan ingat benda gembira."

"Eloklah tu. Ubah angin, ubah tempat. Hijrah itu satu benda yang elok."

Dia berhijrah untuk memulihkan keadaan hatinya yang sedikit calar. Calar yang tak ada kesan pun... kan? Hijrah juga bermaksud, (a) dia akan jumpa orang yang dia tak pernah jumpa; (b) pernah jumpa tapi tak ingat; (c) orang yang memang dia pernah jumpa dan ingat.

"Najiha." Dia memperkenalkan diri.

"Nice meeting you, Najiha."

Tapi dia rasa dia tak pernah jumpa lagi orang yang malas nak bercakap macam Si Dahi Kerut ni. Atau mungkin... dia pernah jumpa... kut?


[ii]

Pada Firdaus:

Matahari itu, orang kata, sifatnya terang, panas - dan hidupan atas muka bumi ini tak boleh hidup tanpa matahari. Najiha itu, bagi Firdaus macam matahari. Terang - dan buat dia sentiasa tercari-cari.

"Awak memang suka cakap sepatah-sepatah kan?"

"Ha. Saya memang suka cakap sepatah-sepatah."

Dan kalaulah matahari itu hilang, tak mungkin dia tidak terkesan, kan?

 
Tulisan Syud selalu membuat pembacanya terasa muda. Kelebihan Syud tentulah terletak pada kemahirannya menyusun plot dan watak-watak. Syud, penulis yang berjaya membina identiti sendiri pada karya-karyanya yang sentiasa segar dan pengakhiran yang manis! - Noor Suraya

Write a review

Shhh… I Love You

Penulis : Farisya Natasha