Klik Untuk Pembelian Di Shopee

Reduced price! Suri Hati Abang Expand

Suri Hati Abang

Jemari Seni Jemari Seni

Jemari Seni

New

Penulis : Aylanins

More details

This product is no longer in stock

RM18.90

RM21.00

-10%

Tajuk : Suri Hati Abang
Penulis : Aylanins
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0851-13-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kisah antara Mardhiyah dan Agus, seorang tukang gunting rambut. Agus dan Mardhiyah merupakan kawan sekolah sejak zaman sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Walaupun mereka berkawan baik di zaman sekolah, tapi mereka bukanlah kawan yang rapat kerana Agus merupakan seorang pelajar yang nakal dan suka melanggar peraturan sekolah manakala Mardhiyah pula memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas.

Kisah mereka bermula selepas beberapa tahun tidak bersua (selepas sekolah menengah). Agus yang bekerja sebagai tukang gunting rambut bersua kembali dengan Mardhiyah, yang merupakan seorang pegawai lulusan universiti. Agus masih lagi menaruh hati pada Mardhiyah dan telah menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Mardhiyah sebagai isteri kepada ibu bapanya, tetapi hasrat itu telah ditolak oleh Mardhiyah.

Kisah berlanjutan apabila Mardhiyah berkenalan dengan Luqman, seorang guru sekolah rendah sehingga akhirnya mereka berdua mengikat tali pertunangan.

Dugaan datang ketika Mardhiyah mengalami kemalangan dan semasa dalam rawatan di hospital, dia didiagnosis dengan penyakit kanser tulang kaki. Mardhiyah menjalani rawatan untuk satu tempoh yang lama yang mengakibatkan keluarga Luqman jadi berbelah bagi sama ada untuk meneruskan pertunangan itu atau tidak.

Ini disebabkan oleh Mardhiyah mengalami lumpuh sebelah kaki akibat daripada rawatan penyakit kansernya (tulang yang rapuh). Luqman dan Mardhiyah akhirnya putus tunang.

Agus akhirnya berkahwin dengan Mardhiyah dan menerima Mardhiyah dengan seadanya walaupun dia sedar yang Mardhiyah itu lumpuh sebelah kaki.

Mardhiyah pula menerima Agus kerana dia percaya dengan keikhlasan Agus selepas dia mengetahui yang ayah Agus, Haji Syafie, juga lumpuh sebelah kaki (memakai kaki palsu) dan Aguslah yang selama ini menjaga ayahnya dengan baik.

AYLANINS merupakan penulis berbakat yang berasal dari berasal dari Kuching Sarawak. Suri Hati Abang merupakan karyanya yang kedua selepas Warkah Pengikat Hati. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel, aylanins@yahoo.com dan Facebook, https://www.facebook.com/aylaninsaylanins

Write a review

Suri Hati Abang

Suri Hati Abang

Penulis : Aylanins