"JOM BACA SINOPSIS NOVEL SERIBU RINDU"

>>KLIK DI SINI<<

New Sungkai Gila Babi Expand

Sungkai Gila Babi

Ilham Persona Ilham Persona

Ilham Persona

New

Penulis : SMahadzir

More details

Warning: Last items in stock!

RM25.00

Tajuk : Sungkai Gila Babi
Penulis : SMahadzir
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671449394

Sinopsis
“Ikutkan hati, mahu sahaja mukamu kuludah, lalu kepalamu kubenam dalam lumpur agar kau mampus kelemasan!” ZAHARIN

Begitulah Zaharin. Dia terlalu membenci seorang anak muda yang dianggapnya terlalu jijik. Bukan itu sahaja, pada Zaharin, anak muda gagap itu tidak wajar lahir apatah lagi hidup di bumi ini.

“Tuhan menciptakan kita, iaitu manusia bertujuan untuk berbakti kepada-Nya, dan mengakui kebesaran-Nya tanpa ada rasa ragu-ragu walau sedikit pun. Jangan menghina makhluk Tuhan kerana cara itu bagaikan hidup kita disuluh kesesatan...” PAK MEDAN.

Walaupun Zaharin gesit melongo dan terkedu mendengar penjelasan Pak Medan itu, tetapi sebagai manusia yang punya fikiran yang bebal, dia tetap berpendirian pekak badak.

Namun semuanya berubah pada satu hari, apabila Zaharin merasa dirinya seperti dicekik, dan suaranya bergulat di kerongkongan. Tanpa sedar, air mata
penyesalannya menjujai di pipi. Ini semua berlaku apabila anak muda yang sering dihinanya itu tiba-tiba melakukan perbuatan yang tidak pernah digambarkan oleh akal manusia. Apakah perbuatan itu? Hanya Zaharin sahaja yang tahu dan seterusnya sedar akan keesaan Tuhan semesta alam...

Ilham Persona

Write a review

Sinar Di Hujung Senja

Penulis : SMahadzir