"Saya mahu terima tawaran diskaun NOVEL MELAYU 10% secara tetap setiap bulan"

Berminat? Isi maklumat DI SINI

New Sinar Di Hujung Senja Expand

Sinar Di Hujung Senja

Ilham Persona Ilham Persona

Ilham Persona

New

Penulis : SMahadzir

More details

RM28.00

Tajuk : Sinar Di Hujung Senja
Penulis : SMahadzir
Harga : RM28.00
ISBN : 9789671401033

Sinopsis
Memuatkan 25 buah cerpen penulis seputar cinta pelbagai perspektif.

KAMA berahi bersandarkan hawa nafsu, dan dipengaruhi godaan syaitan, pasti membuatkan manusia tersungkur di jurang yang tidak berpenghujung. Itulah dialami Sohor, dan Hamidah, perlip buta yang terlalu agung di kala muda, mewujudkan dosa besar tanpa mereka berdua menyedarinya.

“Aku mencintaimu seluruh jiwaku. Jika boleh, seluruh alam ini kupersembahkan untuk dijadikan mahligai hidupmu.” SOHOR

“Aku juga begitu, terlalu ikhlas cintaku ini terhadapmu, dan aku membalasnya tanpa rasa was-was. Datanglah kepadaku, dan rangkullah tubuhku semahu-mahunya demi cinta terpateri...” HAMIDAH

Hasil hubungan terlarang itu, maka lahirlah insan bernama Nur Aini. Segala kebiadaban yang telah dilakukan, menjadi rahsia, dan tidak akan dipecahkan Sohor, dan Hamidah sehingga bila-bila.

Kini setelah 19 tahun berlalu, sesuai namanya, Sohor menjadi tersohor, dan bergelar datuk. Malah, dia disanjung kerana kesuksesannya sebagai ahli perniagaan yang berjaya, dan sebagai tokoh politik yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Namun, semua yang diperoleh Datuk Sohor mula tidak membawa sebarang makna gara-gara Nur Aini ingin mendirikan rumah tangga dengan anak seorang menteri.

Datuk Sohor tahu, dia haram berwalikan anaknya disebabkan status anaknya itu. Namun, untuk menjaga reputasi kerana takut malu, takut terhina, takut kehilangan pengaruh, dan takut hilang jawatan dalam karier politiknya, Datuk Sohor ingin bertindak mempersendakan hukum Tuhan yang sudah sedia termaktub.

Akan tetapi, langkah yang akan dilakukan Datuk Sohor itu pasti mengundang perbuatan zina oleh anaknya sepanjang hidup, dan segala dosa si anak, akan ditanggung olehnya. Datuk Sohor berserabut memikirkan hal itu. Dia harus memilih satu antara dua. Menanggung dosa sepanjang hayat atau malu kepada masyarakat. Salah satu yang dipilih, pasti memberi implikasi besar kepada dirinya...

Ilham Persona

Write a review

Secret Love Deal

Penulis : Farrah Wanira Akhir