"JOM BACA SINOPSIS NOVEL SERIBU RINDU"

>>KLIK DI SINI<<

New Kahwin Janji Expand

Kahwin Janji

Ilham Persona Ilham Persona

Ilham Persona

New

Penulis : Ainune Najiehah Samsuri

More details

RM28.00

Tajuk : Kahwin Janji
Penulis : Ainune Najiehah Samsuri
Harga : RM28.00
ISBN : 9789671449349

Sinopsis
Perkahwinan abadi. Itulah yang sangat diimpikan oleh setiap manusia. Namun, perkara itu tidak dimiliki Aina. Rumah tangga dibinanya, hancur lebur apabila si suami yang terlalu dikasihi pergi buat selama-lamanya.

“Saya masih dahagakan kasih sayang daripada abang. Mengapa abang tinggalkan saya tatkala saya memang mendambakan perkara itu? Adakah abang sengaja mahu melihat batin saya kehausan sepanjang hayat?” AINA

Sejak kematian suami dan seterusnya bergelar balu, Aina menjadi terlalu sasau. Hidupnya hampir menjadi mereng kerana tidak keruan.

Mujur, seorang lelaki bernama Kamal menghulurkan tangan untuk membantu. Aina yang terlalu dahaga, tanpa berfikir panjang, menyambut lelaki kacak tidak terperi itu tanpa banyak bicara.

Aina menyangka sinar di ufuk Timur dapat memberi kebahagian kepadanya, tetapi telah bertukar menjadi kelam di depan mata. Kamal si wajah manis, rupa-rupanya puaka paling musibat. Tanpa disangka Aina, dia telah diperdagangkan Kamal kepada lelaki lain tanpa ada rasa belas ihsan. Setiap tubuhnya diperlakukan seperti hamba abdi dalam filem Kunta Kinte.

“Sejujurnya, aku tidak mencintaimu. Aku hanya melihat segala yang ada pada tubuhmu itu sebagai aset untuk diperdagangkan kepada lelaki bejat. Sekarang, nikmatilah hidup seperti di neraka jahanam.” KAMAL

Aina terlalu sengsara. Bagaimana dia harus menyelamatkan diri dari segala malapetaka yang dihadapinya? Adakah dia harus melarikan diri dari Kamal yang keji itu? Atau menyerah kalah secara membiarkan tubuhnya dijamah orang? Dua persoalan ini harus diselesaikan Aina dalam kadar segera.

Ilham Persona

Write a review

Sinar Di Hujung Senja

Penulis : SMahadzir