"Saya mahu terima tawaran diskaun NOVEL MELAYU 10% secara tetap setiap bulan"

Berminat? Isi maklumat DI SINI

New Kahwin Janji 2 Expand

Kahwin Janji 2

Ilham Persona Ilham Persona

Ilham Persona

New

Penulis : Ainune Najiehah Samsuri

More details

RM28.00

Tajuk : Kahwin Janji 2
Penulis : Ainune Najiehah Samsuri
Harga : RM28.00
ISBN : 9789671449356

Sinopsis
HIDUP bagaikan di neraka. Itulah pengalaman keji Aina apabila diperdagangkan oleh kekasihnya. Tanpa ada belas kasihan, Kamal telah memaksa Aina melayan puluhan lelaki hidung belang pada setiap hari.
Hati Aina hancur. Dia terlalu kojoh bercampur iseng di atas apa yang telah berlaku. Mujur, seorang lelaki telah menyelamatkannya dari tempat penuh dosa itu.

“Demi Tuhan, aku terlalu syafakat melihat keadaanmu yang tidak ubah seperti haiwan di kandang. Atas nama kama, kuselamatkan kau bersama kejujuran yang ada di raga.” NAZRI

Aina berasa lapang hana. Tubuhnya bernoda limbah dibersihkan Nazri dengan cecair berangta yang tulus murni. Alangkah besar rahmat, Nazri sanggup memperisterikan Aina biarpun gadis itu dianggap keji oleh masyarakat dek statusnya sebagai pemuas lelaki sebelum ini.

Menyangka Nazri boleh membimbingnya menjadi isteri solehah, hanyalah palsu semata-mata. Rupa-rupanya Nazri lebih jijik daripada Kamal. Lelaki itu telah memperlakukan Aina begitu tega tanpa rasa bersalah. Setiap hari, Aina dijamu penampar dan terajang Nazri sahaja.

“Kau lebih safilin daripada jantan yang telah menggomolku sebelum ini. Tidak kusangka, pertolonganmu mengeluarkan aku dari lembah leta, sebenarnya mencampakkan aku di lembah yang lebih leta lagi.” AINA

Kecewa Aina terlalu total. Bagaimana dia hendak meneruskan hidup sebagai isteri Nazri? Adakah dia harus pasrah dengan membiarkan setiap inci tubuhnya ditomoi Nazri bagai pokok pisang? Atau mengumpul tenaga menjadi srikandi dan menentang Nazri si suami tidak bertanggungjawab itu? Pokok persoalan ini hanya Aina sahaja boleh menjawabnya.

Ilham Persona

Write a review

Sinar Di Hujung Senja

Penulis : SMahadzir