Reduced price! Secret Love Deal Ilham Persona Expand

Secret Love Deal

Ilham Persona Ilham Persona

Ilham Persona

New

Penulis : Farrah Wanira Akhir

More details

RM32.40

RM36.00

-10%

Tajuk : Secret Love Deal 
Penulis : Farrah Wanira Akhir
Harga : RM36.00
ISBN : 9789671253359

Sinopsis
RASA kasih sayang yang mendalam pasti akan menghadirkan cinta abadi. Itulah yang dirasai Ujang. Demi cinta, dia telah mencurahkan segala-galanya kepada Lina yang merupakan isterinya....

“Cinta adalah sesuatu yang misteri. Ianya tidak boleh dikalahkan oleh ugutan dan juga peperangan. Inilah cintaku padamu sehingga akhir hayatku.” UJANG

Namun, cinta abadi Ujang itu tidak disambut Lina. Lina beranggapan jika hanya cinta di dalam rumah tangga tanpa ada sebarang kemewahan, samalah juga seperti hidup tanpa berpakaian.

“Jiwaku dihimpit kesengsaraan dan aku menjadi haus. Aku mahu mencari minuman berupa kesenangan. Bukan mahu meminum cintamu yang kurasakan seperti nanah itu.” LINA

Lina telah memperkosa cinta Ujang kepadanya. Lina telah menjadi isteri durjana gara-gara membuat perjanjian cinta rahsia bersama seorang lelaki. Semua itu dilakukan Lina kerana didorong oleh masa lalu yang penuh kehitaman dan kebajingan.

“Tempat terbaik di muka bumi ini untuk kau berehat adalah di dadaku. Dadaku merupakan bantal empuk yang pasti membuatkan kau tidur pulas. Marilah bersamaku, abaikan cinta suamimu yang tidak ke mana-mana itu.” ANTON

Kenangan lalu Ujang bersama Kalsum kembali segar dalam ingatan. Alangkah baiknya Ujang sedar bahawa dirinya itu adalah suami dayus kerana terus-menerus membiarkan Lina bergelumang dosa walaupun pada masa yang sama, Lina masih isterinya!

“Hanya ada dua waktu sahaja untuk saya bersama awak. Kedua-dua waktu itu adalah kini dan selamanya.” KALSUM

Ilham Persona

Write a review

Dia Bukan Bidadari

Penulis : Myra Ameer