Reduced price! Inara Mulya Expand

Inara Mulya

Honeymontale Publication

CN

New

Penulis : Hananee Amir

More details

RM28.50

RM30.00

-5%

Tajuk : Inara Mulya
Penulis : Hananee Amir
Harga : RM30
ISBN : 9789671634028

Sinopsis
Aku, Inara Mulya

Nama aku, Inara Mulya. Selalu orang panggil Mulya. Dalam dunia ni seorang je boleh panggil aku Inara. Dia special, dengan cara dia. Ini cerita aku. Tentang keluarga aku. Kawan-kawan aku. Oh! Aku secara praktikalnya cuma punya dua orang kawan. Sedih, kan? Nanti kau akan tahu kenapa.

Kenapa nama aku macam orang Indonesia? Entah. Aku pun tak ada jawapan dan tak tahu nak bertanya kepada siapa. Cuma Mak Su kata aku memang anak ‘orang seberang’. Mak Su kata macam tu setiap kali Mak Su marahkan aku. Dan sebenarnya Mak Su marahkan aku setiap hari. Seingat aku tak ada hari berlalu tanpa Mak Su marahkan aku. Sehingga aku rasa terbiasa dan tidak apa-apa.

Hidup aku memang banyak kisah sedih. Malah kalau difikir-fikir kisah sedihnya lebih banyak dari yang gembira. Aku bahkan tidak kenal siapa ibu dan bapa aku sendiri pun. Sejak kecil sehingga berusia lima tahun, aku dipelihara nenek. Selepas nenek meninggal, aku dipelihara Mak Su. Mak Su memang tak sukakan aku sejak awal. Sejak aku kecil dan tahu kalau dia memang tak sukakan aku. Tapi entah kenapa Mak Su juga jadi marah kalau orang mahu menghantar aku ke rumah anak yatim. Atau ada orang nak ambil aku jadi anak angkat. Dia benci bila tengok aku ada depan mata dia. Tapi dia tak mahu berjauh dari aku. Kompleks, kan?

Beberapa bulan lalu aku baru pulang dari Indonesia. Menamatkan pengajian dalam bidang perubatan selama 6 tahun disana. Dan sekarang aku berkhidmat sebagai doktor pelatih disebuah hospital kerajaan. Yang 6 tahun itu, 4 tahunnya teori. Dua tahun lagi praktikal. Universiti itu namanya Universitas Trasakti. Tak banyak yang aku nak ceritakan tentang universiti dan tempat pengajian aku memandangkan 6 tahun itu memang banyaknya aku habiskan masa cuma dengan buku perubatan. Aku sedar diri. Apapun terjadi aku mesti jadi doktor. Mesti!

Nanti aku akan ceritakan bagaimana seorang ‘aku’ yang miskin dengan hidup hampir merempat ini mampu menjadi doktor tanpa sesen pun hutang pelajaran.

Nanti juga kau akan tahu bagaimana seorang aku yang tidak pernah punya teman lelaki istimewa ini akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang paling mengjengkelkan pernah aku temui sepanjang hidup aku.

Banyak yang nak aku ceritakan. Ini jalan sukar. Masa depan yang sukar. Bukan kerana aku tidak pernah bercita-cita mahu jadi doktor. Aku punya sebab dan ia sedikitpun tidak menyakitkan aku.

Nanti…nanti kau akan tahu.

Honeymontale Publication

Write a review

Kopi, Diari Biru & Kota Berlin

Penulis : Roserq Mokhtar