PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Edisi Jawi) Expand

Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Edisi Jawi)

Pustaka Ilmuwan

New

Penulis : Ashafizrol Bin Ab Hamid

More details

RM23.75

RM25.00

-5%

Tajuk : Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Edisi Jawi)
Penulis : Ashafizrol Bin Ab Hamid
Harga : RM25.00
ISBN : 9789670634951

Sinopsis
Disebabkan bentuknya yang ringkas, bersahaja dan sarat dengan dasar-dasar ilmu Nahu, ia telah mendapat tempat di kalangan para pengkaji bahasa Arab sejak zaman-berzaman. Di antara mereka ada yang menghurai, memperhalusi dan ada juga yang menazamkannya. Usaha mengetengah mata al-Ajurrumiyyah dalam apa jua bentuk sekalipun terus-menerus berlaku sehingga ke hari ini.

Di sebalik corak penyampaiannya yang ringkas, ramai orang tidak sedar bahawa matan al-Ajurrumiyyah sebenarnya adalah ringkasan kepada perbahasan ilmu Nahu aliran Kufi yang diketuai oleh al-Kisaie. Tidak hairanlah gembur-gembur yang mengatakan bahawa matan al-Ajurrumiyah adalah ringkasan daripada Jumal al-Zujaji.

Mata al-Ajurrumiyah adalah ibarat sebuah pintu yang semestinya diketuk oleh setiap penuntut ilmu Nahu, bahkan setiap orang yang ingin berkecimpung di dalam arena perbahasan agama.

Di nusantaran, Matan al-Ajurrumiyyah lazimnya digunakan di pondok-pondok dan pasentren sejak dahulu kala lagi. Ianya dihafal dan pernah menjadi bahan perbualan di kalangan para pelajar suatu ketika dahulu.

Itulah al-Ajurrumiyyah, hasil penulisan yang telah diabadikan oleh Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Daud al-Shinhaaji (w:723 H)

Write a review

Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Edisi Jawi)

Huraian Matan Al-Ajurrumiyyah (Edisi Jawi)

Penulis : Ashafizrol Bin Ab Hamid