Penangguhan Penghantaran Tarikh : 26 Mei - 6 Jun 2023

New The Sicilian Man Expand

The Sicilian Man

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

FP

New

Penulis : Fatin Harh

More details

RM28.00

Tajuk : The Sicilian Man
Penulis : Fatin Harh
Harga : RM28
ISBN : 9789838221757

Sinopsis
Jiwanya adalah dunia gelap. Di situlah, sepasang hati bertemu. Kota Sicily menjadi titik ujian terbesar kepada gadis yang mencari kebenaran yang belum ternoktah.

Saat Ariana bertemu Nichole, semuanya berlaku terlalu pantas. Kehilangan orang yang disayangi dan kehadiran Nichole yang begitu membingungkan. Nichole yang berbahaya dan Nichole yang sukar diduga, Nichole yang….

“Mahu larikan diri daripada aku? Listen here, Ariana. Setiap langkah yang cuba kau ambil

untuk jauhi aku hanya akan memberi ancaman kepada kau. Kau tak akan pernah tahu siapa yang sedang menunggu peluang kerana kedegilan kau!” - Nichole Riccardo

Melihat cara Nichole melindungi, Ariana terpaksa akur dengan kata hati.

Nichole kata, dunia mafiosi ini neraka tetapi

Ariana tidak mengendahkannya.

Bagi Ariana, selagi lelaki itu ada di sisi, segala cabaran pasti mampu dihadapi.

Ternyata, kebenaran yang perlu diterima selepas itu lebih menyakitkan. Nichole adalah manusia paling jahat dalam hidupnya!

Pesanan William kepada Ariana agar jangan percayakan sesiapa. Jadi, siapa perlu dia percaya?

Ariana mahu menghancurkan Nichole tetapi kenapa hatinya sering menyuruh dia berhenti? Kenapa perlu ada perasaan yang menjadi penghalang?

“Patutnya awak bunuh saya sekali! Biar saya bebas dari neraka ini. Awak dah bunuh jiwa saya! Awak buat saya benci dengan awak!” - Ariana

Ariana akur. Rupanya ini neraka yang pernah dimaksudkan Nichole.

Fana ini memeritkan, semua makhluk berpaksi misteri, untuk terus berjalan memerlukan jiwanya kental dalam mencari keikhlasan kerana…

“Be careful who you trust. Remember, the devil was once an angel.”

Write a review

The Sicilian Man

The Sicilian Man

Penulis : Fatin Harh