Reduced price! Kisah Separuh Jiwa Expand

Kisah Separuh Jiwa

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Nurina Feeza

More details

This product is no longer in stock

RM23.40

RM26.00

-10%

Tajuk : Kisah Separuh Jiwa
Penulis : Nurina Feeza
Harga : RM26.00
ISBN : 978-983-822-097-2

Sinopsis
Hadirmu mengubati luka yang ditinggalkan. Dirimu melengkapi segala kekurangan.

Siapa yang dapat melupakan cinta pertama?

Menyimpan sedih terlalu lama hanya akan meninggalkan segaris luka yang takkan pernah habis. Benar, kecundangnya cinta pertama itu lain macam… sangat menyakitkan.

Elis Nou'rell. Sekali dia jatuh cinta, berkali-kali hatinya akan tulus mengasihi. Tersilap caturan dek terlalu menurut kata hati menariknya ke lembah kekecewaan. Sakitnya tidak terkata! Kini dia bangkit dengan harapan agar segala memori hitam itu segera pergi.

"Selamat tinggal kedukaan!" – ELIS NOU’RELL

Pertemuan antara Elis dan Safwan buat Elis rasa panas hati. Bagi Elis, Safwan sangat annoying! Langsung tiada perikemanusiaan! Cukuplah dia seorang gila kerja. Dengan orang lain pun kena gila kerja juga.

“Tak ada guna awak datang kerja kalau utamakan hal peribadi! Patutnya, saya tak akan luluskan semata-mata hal kecil macam ni, tapi…” – HAZIQ SAFWAN

Tidak terduga bermula dengan salah faham, Safwan akan jatuh cinta untuk kali kedua. Sangkanya, cinta telah lama mati. Bila hati sudah kata ya, maka si dia harus dilindungi dengan sepenuh jiwa.

Berlainan dengan Elis, mencuba kali kedua… ibarat mengulangi kesalahan kali pertama. Tapi, dia nekad untuk mencuba dengan harapan biarlah ia menjadi cinta yang terakhir.

“Kau cabar aku? Kau tunggu!” – Farish Iqbal

Tiga jiwa saling menyimpan rasa. Hanya dua jiwa yang tercipta bersama. Bila seorang kecundang… mulalah anasir jahat menghuni nadinya. Apa yang dia tau... dia harus menang menawan hati si gadis, walaupun dengan cara menjijikkan.

Antara mereka… siapakah yang menamatkan segala sengketa?

Mampukah Elis bertemu dengan cinta yang didamba atau kecundang sekali lagi?

Tiada riwayat cinta pertama yang sempurna. Walau ada yang terlewat tiba, akan hadir kekasih separuh jiwa membawa ke pelabuhan seterusnya kerana itulah destinasi yang ditakdirkan.

Write a review

Hanya Ingin Kamu

Penulis : Syu Ariani