PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN 15% 

SILA KLIK DI SINI

Reduced price! Jodoh Temukan Kita Expand

Jodoh Temukan Kita

Fajar Pakeer Fajar Pakeer

Fajar Pakeer

New

Penulis : Shazie Kamaruzaman

More details

This product is no longer in stock

RM20.90

RM22.00

-5%

Tajuk : Jodoh Temukan Kita
Penulis : Shazie Kamaruzaman
Harga : RM22.00
ISBN : 9789673652150

Sinopsis
"Saya berhak untuk tahu. Untuk pengetahuan awak, saya ni cucu sulung dia!
"Saya peduli apa awak ni cucu sulung ke, cucu kelima ke. Untuk pengetahuan awak jugak, saya ni pun cucu datuk awak tulah!”

Angin tak ada, ribut tak ada, Huda Nahilah tiba-tiba muncul di depan rumah Baddrol Aqhar. Siap mengaku sebagai sepupunya dan cucu datuknya, Tan Sri Haslan. Tak sampai sebulan tinggal serumah, mereka disuruh pula berkahwin. Ah, sudah!

Idea perkahwinan itu ditentang hebat oleh Datin Nerina dan sepupu-sepupu baru Huda Nahilah. Liyana yang sudah lama menyimpan rasa cinta terhadap Badd dan Aabid yang mula tangkap cintan dengan Huda, paling keras membangkang. Wujudlah pula cinta bersegi-segi! Tapi, bukan antara Badd dan Huda. Badd tak kenan Huda, Huda lagilah tak suka Badd. Sombong, berlagak, takkan nak buat suami kan!

Tapi... nak buat macam mana. Dah atuk suruh kahwin, kenalah ikut. Tak nak jadi cucu derhaka konon.

"Kau kentut ya, Huda?”
"Ha'ah. Kenapa?”
"Pengotorlah kau ni, Huda! Busuk tau tak!”
"Alah, Badd, standardlah tu kalau kentut bau busuk. Cuba kau cakap dengan aku, kentut siapa aje yang wangi? Tak ada sesiapa pun, kan?”

Kalau dah namanya jodoh, takkan ke mana. Semakin hari, semakin berputik cinta dalam hati. Bukan setakat berputik, berakar dah pun! Huda dan Badd saling jatuh cinta. Hari-hari dilalui dengan cukup indah. Namun, semuanya goyah apabila identiti Huda mula dipertikai kembali. Siapa sebenarnya Huda dan apa tujuan dia muncul semula? Mampukah lafaz akad yang diucapkan Badd menepis segala keraguan yang mula muncul dalam hati? Atau... sebagaimana singkatnya perkenalan mereka, sesingkat itu jugakah hubungan rumah tangganya dengan Huda?

Write a review

Memilihmu Kerana Dia

Penulis : Myra Ameer