Reduced price! Adelia Expand

Adelia

Dear Novels Dear Novels

CN

New

Penulis : Aryanie Ismail

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Adelia
Penulis : Aryanie Ismail
Harga : RM24
ISBN : 9789672902126

Sinopsis
Bukan Adelia pinta semua ini berlaku. Bukan Adelia minta jasadnya hilang daripada pandangan, tapi dia sendiri masih berlegar-legar begini. Dia pun tidak tahu kenapa.

Adelia hanya menerima takdir hidupnya dengan reda.

Siang dan malam tiada beza baginya. Sama sahaja. Tetap sunyi dan sepi. Adakah akan tiba hari di mana dia akan bebas daripada belenggu ini? Akan terungkaikah segala yang menjadi pertanyaan selama ini?

“Awak, Adelia kan?”
“Awak... awak... nampak saya ke?”
“Betul kan awak Adelia? Adelia binti Tan Sri Adam Zainuddin?”
“Ya, saya.”
“Tapi, bukan ke awak dah meninggal?”
“Saya... saya...”

Kehadiran Hakeem dan adiknya, Faradiba, membawa sinar kegembiraan buat Adelia yang sudah bertahun hidup dalam kesunyian.

“Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku tak dapat melihat kau, tapi aku dapat rasakan yang kau ada di sini. Dekat dengan aku. Terlalu dekat, sehingga aku dapat mencium harumanmu.” - Hakeem


Adelia sebenarnya sudah mula sukakan Hakeem sejak pertemuan pertama lagi sehingga akhirnya dia tidak boleh menolak kata hati. Bahawa dia sudah jatuh cinta!

Namun, untuk bersama dengan lelaki itu, adalah amat mustahil!

Kerana dia, Adelia. Dia ada, serupa tiada. Dia hidup antara manusia, tetapi tiada siapa yang dapat melihatnya. Tapi dia tetap punya perasaan. Salahkah jika dia jatuh cinta, dengan manusia?

Dear Novels

Write a review

Adelia

Adelia

Penulis : Aryanie Ismail