Reduced price! Selalu Ada Untukmu Dear Novels Expand

Selalu Ada Untukmu

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Zaza Qry

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Selalu Ada Untukmu
Penulis : Zaza Qry
Harga : RM24.00
ISBN : 9789672902096

Sinopsis
Ziyara yang tidak pernah mencintai lelaki, terjatuh cinta dengan majikannya sendiri. Lelaki yang punya aura, walaupun sudah berusia. Selama ini dia tidak terfikir akan terlibat dalam cinta skandal seperti ini.

Namun, dirinya dikhianati lelaki itu. Disebabkan insiden yang tidak pernah Ziyara terfikirkan itu, dia terpaksa tinggal dengan lelaki yang nampak macam bencikan dia sebagai perempuan iaitu Hanz.

“Dengan aku, masih boleh berkompromi. Dengan orang lain, aku tak jamin. Entah-entah sekarang kau sudah diratah orang.” - Hanz. Mujurlah Hanz bukanlah lelaki yang boleh mengapa-apakan dia.

Tapi, kenapa Hanz menyimpannya sedangkan Hanz sendiri tidak sukakan dia? Siap ajak kahwin pula tu. Setelah lama bersama Hanz, Ziyara cuba membawa Hanz kembali ke pangkal jalan.

Tidak mahu Hanz terus tersesat. Ziyara sangka Hanz bencikan lelaki, sedangkan bukan begitu. Hanz cuma bencikan Ziyara berbaju kurung. Eh, ada pula lelaki yang alergi baju kurung ya!

“Kau nak cuba sama ada aku boleh tertarik dengan perempuan macam kau?” - Hanz “Dah banyak kali saya buat, awak tak tertarik pun.” - Ziyara Kerana sayangkan Hanz, Ziyara mahu menyempurnakan misinya. Godaan demi godaan ditunjukkan di depan Hanz.

Mahu lihat sejauh mana Hanz sanggup bertahan. Sudahnya, Ziyara pula yang tak berapa nak bertahan. “Si penggoda kena terima kalau orang yang digoda tu sudah tergoda.” - Hanz Bila itu yang diucapkan Hanz, Ziyara pula yang gelabah. Gelabah-gelabah pun dia rela. Hanz kan suaminya.

Namun, manis-manis kisah mereka tetap ada masam dan pahitnya. Yang penting, Ziyara tahu Hanz selalu ada untuknya.

Dear Novels

Write a review

Isteri Sipi-Sipi

Penulis : Lili Norlaili