Reduced price! Tetaplah Jadi Milikku Dear Novels Expand

Tetaplah Jadi Milikku

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Azieana

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Tetaplah Jadi Milikku
Penulis : Azieana
Harga : RM24.00
ISBN : 9789672902089

Sinopsis
"Atas tu bilik I. Dan bilik sana tu adalah bilik you," ujar Adam sebaik sahaja Arissa masuk ke dalam kondo mewah milik lelaki itu.

Arissa memandang bilik yang Adam maksudkan. Bilik itu terletak berdekatan ruangan dapur.

"Okey." Itu yang dibalas Arissa.

Sengaja dia mempamerkan riak tenang. Sengaja nak menduga perasaan Adam.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" provok Arissa.

"You tak kisah kalau kita tak tidur sebilik?" duga Adam.

"Tak. Memang tak kisah pun. I lagi suka. Sebab I tak perlu nak melayan you. Lagipun, you yang paksa I tinggal kat sini, bukan I yang nak. Kan?"

Arissa pamer senyum.

Rahang Adam bergerak-gerak. Sebenarnya dia rasa tercabar dengan jawapan itu. Dia jadi sakit hati bila melihat Arissa tidak kisah dengan apa yang dikatakannya.

"Tapi you kena ingatkan diri you, yang you tu isteri I," ujar Adam pula.

"Bak kata orang, hanya sekadar isteri. Isteri di atas kertas. Sampai masanya, mungkin I diceraikan. Tapi I tak kisah. Sekurang-kurangnya masa tu, you tak perlu nak jaga maruah I lagi. Dah dapat status janda kan, mana orang peduli lagi, perempuan tu baik atau suci. Betul tak?"

Arissa memerli sambil tersenyum sinis.

"You macam tak sabar nak diceraikan aje," sindir Adam pula.

"Talak tu di tangan you, Adam. Kalau talak tu di tangan I, sekarang juga I ceraikan you. Tak sakit kepala I nak fikirkan macam mana hidup I nanti."

Sekali lagi Arissa memberi jawapan sinis.

"You jangan cabar I, Arissa."

Adam memegang lengan Arissa. Mencengkam kuat sehingga Arissa mengaduh sakit.

Barulah Adam melepaskan dan berjalan beberapa langkah ke hadapan sambil bercekak pinggang. Kemudian dia kembali berpaling.

"You dengar sini, I tak nak you keluar dari kondo ni tanpa keizinan I. Faham?"

"Kalau I keluar juga, you nak buat apa?" Arissa cuba berlawan kata.

Saja nak menguji sejauh mana lelaki itu akan bertindak.

"Kalau you keluar juga, you tahulah nasib you nanti!" Keras suara Adam memberi peringatan.

Dear Novels

Write a review

Keranamu Tuan Ziyad

Penulis : Daisy Zahra