Reduced price! New Benar Kucinta Dia Expand

Benar Kucinta Dia

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Amyra Aimi

More details

RM21.60

RM24.00

-10%

Tajuk : Benar Kucinta Dia
Penulis : Amyra Aimi
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-2902-04-1

Sinopsis
Kisahnya ibarat cerita dongeng Cinderella versi lelaki. Makan apa yang ada. Tidur beralaskan tikar. Tinggal merempat pula. Puas dimaki, puas dicerca. Dibelasah lelaki yang merupakan ketua samseng di kampung. Itu semua sudah menjadi ‘makanan’ yang dia kena hadam.

Fareez Iskandar sudah lali hidup susah. Sehinggalah, pertemuan dengan seorang lelaki yang berpangkat Dato’. Dia ditawarkan pula pekerjaan sebagai pemandu peribadi kepada anak tiri orang kenamaan tersebut.

“Aku rasa tak salah pun kalau kau berbahasa elok. Kau tak risau ke? Disebabkan mulut kau tu, takde lelaki yang nak.” - Fareez
“Ek eleh... cakap kita. Lelaki yang berebut nakkan aku lagi adalah. Kau tu yang takde perempuan nak.” - Raysa

Raysa sakit jiwa nak menghadap muka lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Entah manalah ayah tirinya itu sudah kutip.

Padahal, hati mula sukakan pemandu peribadi merangkap bodyguard sendiri. Dengan berbaju sut serba hitam dan berkasut hitam, berperwatakan misteri dan suka berahsia, gaya selekeh itu terus bertukar maco.

Lelaki itu kini menjadi lelaki yang Raysa puja dalam diam!

Dear Novels

Write a review

Dia Cinderella Amanda

Penulis : Emma Zara