Reduced price! New Hati Memilih Cinta Expand

Hati Memilih Cinta

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Fatiah Zohar

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Hati Memilih Cinta
Penulis : Fatiah Zohar
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-2902-00-3

Sinopsis
Ditinggalkan suami dan dibuang keluarga mertua ketika cahaya matanya masih dalam kandungan membuatkan Izzatul Aqma hidup dalam tekanan perasaan. Atas kekhilafan diri yang terlalu dibelenggu kesedihan, hari-hari yang dijalaninya bagaikan satu hukuman.

“Tuhan, aku ingin kuat. Aku ingin bertahan. Namun, kesakitan ini benar-benar mengujiku. Tiupkanlah kasih dan sayang-Mu. Bangkitkan aku dengan kekuatan dan cinta daripada-Mu.” - Izzatul Aqma

Bahagia sudah lama menjauh dan sepi menjadi teman paling akrab. Namun, kemunculan Zhaqeef Adha mengubah segala-galanya.

“Sepi tak bermakna sendiri, Izzatul. Ini bukan tentang Adh. Bukan juga tentang Arzad Elhan. Ini tentang Zhaqeef Adha yang ingin memenangi semula hati Izzatul Aqma.” - Zhaqeef Adha

Kesungguhan jejaka itu mendekati dan mahu menawannya hatinya, membuatkan prinsip dan pegangan Izzatul Aqma menjadi goyah.

“Gunakan saya. Jadikan perkahwinan kita sebagai alasan untuk tinggalkan semua kesedihan dan kesakitan awak. Saya tak kisah.” - Zhaqeef Adha

Dia membenci Zhaqeef Adha, tapi hati mengatakan sebaliknya. Kesanggupan jejaka itu menunggu balasan cintanya, membuatkan Izzatul Aqma berada di persimpangan dilema.

Dear Novels

Write a review

Melodi Hati

Penulis : Sufea Hareez