PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN 15% 

SILA KLIK DI SINI

Reduced price! Aku Yang Bersalah Expand

Aku Yang Bersalah

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Emma Mariam

More details

RM22.80

RM24.00

-5%

Tajuk : Aku Yang Bersalah
Penulis : Emma Mariam
Harga : RM24.00

Sinopsis
Kerana kesilapan lampau, Izz Athif nekad untuk membetulkan keadaan. Namun, segalanya tidak semudah yang dirancang. Dalam diam, tanpa dia sedar dia jatuh cinta kepada gadis itu. Perasaannya dibuang jauh kerana dia tahu, dia tidak layak untuk mencintai Elina setelah dia sendiri menghancurkan masa depan dan hidup gadis itu.

Bagi Elina pula, kehadiran Izz Athif memberi sinar baru dalam hidupnya. Izz Athif datang seperti hero, sentiasa ada pada setiap saat dia memerlukan. Hati yang selama ini kosong, mula terisi dengan kehangatan kasih Izz Athif.

“Kahwin dengan saya.”- Izz Athif.

Lamaran Izz Athif membuka lembaran baru dalam hidup Elina. Kerana janji dan sumpah setia Izz Athif, Elina bukakan hati untuk menerima lelaki itu sebagai suami.

“El percayakan bie. Dalam perhubungan juga kena ada rasa saling percaya mempercayai. Selain soal ubat hari tu, El tak ada apa-apa rahsia. Dan, bie? Bie pun tak ada rahsiakan apa-apa daripada El, kan?”- Elina

Sebaris soalan pendek itu mengelukan lidah Izz Athif. Apa yang harus dia lakukan andai rahsia besar yang disembunyikannya Elina tahu? Rasa cinta yang kian bercambah membuatkan Izz Athif semakin takut. Tak sanggup Elina membenci siapa dirinya yang sebenar...

Dan, Elina rebah bila mendapat tahu siapa Izz Athif sebenarnya...

Dear Novels

Write a review

The Past Between Us

Penulis : Julia Ayu