Notis Bercuti

BBO mula bercuti pada 15 - 25 Dis 2018. Hari terakhir untuk hantar tempahan & buat bayaran ialah pada 13 Dis 2018. Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 14 Dis 2018, BBO akan proses selepas cuti, bermula 26 Dis 2018. Tawaran diskaun 10% DIBUKA

New Kontrak Cinta Kekal Expand

Kontrak Cinta Kekal

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Qhayra Qhayriesa

More details

RM24.00

Tajuk : Kontrak Cinta Kekal
Penulis : Qhayra Qhayriesa
Harga : RM24.00
ISBN : 9789672116356

Sinopsis
Atas desakan wang, Zuhayra nekad menerima tawaran menjadi isteri kontrak kepada Ashraf Daem, seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Enam bulan Zuhayra bersabar dengan kerenah dan tingkah cerewet lelaki itu. Tanpa dia sedar, ada cinta di hatinya buat lelaki itu meskipun cuba dinafikannya.

“Aku sendiri pun tak tahu bila aku jatuh cinta dekat suami aku tu. Yang aku tahu, dialah satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku ni. Aku cintakan dia, sepenuh hati aku.” - Zuhayra

Di mata Ashraf Daem, Zuhayra hanya sekadar hamba. Tanggapan itu berubah tatkala dia sedar, gadis itu adalah yang terbaik buat dirinya. Demi cinta yang telah menguasai hatinya, dia nekad untuk berubah. Tempoh kontrak perkahwinan mereka juga dilanjutkan tanpa memberi pilihan kepada Zuhayra.

“Kali ini, aku bayar kau tiga kali ganda daripada apa yang kau dapat sekarang. Aku anggap kau setuju dan tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan. Okey?” - Ashraf Daem

Satu demi satu kejadian ditempuhi Zuhayra, menjadikan dia sedar, hidup bersama Ashraf Daem memerlukan kekuatan selain pengorbanan. Dia harus sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kerana lelaki yang disangka biasa-biasa itu sebenarnya adalah seorang ketua mafia!

Dear Novels

Write a review

Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Penulis : Suri Ryana