Notis Bercuti

BBO mula bercuti pada 15 - 25 Dis 2018. Hari terakhir untuk hantar tempahan & buat bayaran ialah pada 13 Dis 2018. Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 14 Dis 2018, BBO akan proses selepas cuti, bermula 26 Dis 2018. Tawaran diskaun 10% DIBUKA

New Tumpang Expand

Tumpang

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Ramadan Omar

More details

RM24.00

Tajuk : Tumpang
Penulis : Ramadan Omar
Harga : RM24.00
ISBN : 9789672116301

Sinopsis
“Aiman!” panggil Mokhtar. Dadanya berdebar. Peluh merenik di dahi. Rasa terkejut masih menguasai dirinya.

“Kenapa pak cik? Aiman nak balik,” kata Aiman apabila Mokhtar menariknya. Moktar duduk melutut. Menjadikan dia separas dengan ketinggian Aiman sekarang. Kedua-dua tangannya memegang bahu Aiman. Dua matanya memandang ke dalam mata Aiman.

“Itu ayah Aiman ke?” soal Mokhtar sambil mengunjuk kepada Hafizi di dalam kereta. Aiman bingung. Dia berkalih melihat Hafizi yang sedang menanti di kereta. Kemudian dia berkalih semula memandang Mokhtar.

“A’ah. Ayah Aimanlah tu. Kenapa pak cik?” soal Aiman hairan.

“Aiman tengok betul-betul. Memang betul ke tu kereta ayah Aiman?” soal lelaki tua itu lagi. Mukanya jelas kerisauan. Aiman berkalih lagi. Dia membaca nombor plat kereta ayahnya. Satu-satu disebut nombor plat kereta tersebut.

“Betul pak cik. Kereta ayahlah tu,” jawab Aiman lurus.

“Ayah datang dengan siapa? Dengan ibu sekali ke?” soal Mokhtar lagi masih tidak berpuas hati. Aiman mula rimas ditanya banyak kali. Dia berkalih sepintas dan kemudian kembali memandang Mokhtar.

“Tak, ayah datang seorang. Ada ayah seorang saja dalam kereta tu. Ibu jaga adik di rumahlah pak cik. Lepaslah pak cik. Aiman nak balik,” kata Aiman mula meronta.

“A’ah, okey, okey. Aiman boleh balik. Hati-hati... ” kata Mokhtar sambil matanya tidak lepas memandang kereta Hafizi. Aiman berlari anak ke arah kereta ayahnya lalu masuk duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu. Sedang Mokhtar masih lagi memandang dengan rasa tidak percaya. Kereta Hafizi mula bergerak, Mokhtar yang sedang melihat dari jauh jatuh terduduk. Sesaat kemudian, dia membuka langkah seribu menuju ke arah surau sekolah.

Dear Novels

Write a review

Engkau Lebih Mengerti

Penulis : Norra Hassan