Notis Bercuti

BBO mula bercuti pada 15 - 25 Dis 2018. Hari terakhir untuk hantar tempahan & buat bayaran ialah pada 13 Dis 2018. Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 14 Dis 2018, BBO akan proses selepas cuti, bermula 26 Dis 2018. Tawaran diskaun 10% DIBUKA

New Kalau Betul Sayang Expand

Kalau Betul Sayang

Dear Novels Dear Novels

Dear Novels

New

Penulis : Aunie Ayunie

More details

RM23.00

Tajuk : Kalau Betul Sayang
Penulis : Aunie Ayunie
Harga : RM23.00
ISBN : 9789672116318

Sinopsis
Semua orang ada pendapat sendiri tentang cinta. Dan, cinta itu sendiri bersifat universal dan menyeluruh. Bagi Saif Inayat, tiada yang lebih penting dalam hidupnya melainkan kebahagiaan mama, papa dan adiknya, Reza Arman. Kasih sayangnya terhadap Reza mengatasi segala-galanya.

Tapi bagi Zara Ayiqin, Saif adalah lelaki yang paling menjengkelkan di dunia. Saif selalu tayang muka ketat. Serius 24 jam! Walaupun mereka terikat dengan ikatan sepupu, tapi Saif melayannya macam orang asing. Dan, lebih malang bila dia bekerja sebagai staf bawahan Saif. Argh, stres!

“You’re my sugar plum pumpie umpy umpkin. You’re my sweetie pie. You’re my cuppy cake, gum drop snookum snookums, you’re the apple of my eyes.”

Eh, dah kenapa? Zara Asyiqin rasa macam nak gelak guling-guling bila Saif Inayat nyanyikan lagu itu untuknya. Siap beri bunga lagi. Apa kes? Yalah, tiba-tiba saja Saif jadi lelaki comel macam itu, haruslah dia rasa lucu.

“Entah jampi serapah apa yang kau guna agaknya sampai aku angaukan kau macam ni. Jahat.” Saif Inayat.
“Well, itu maknanya Zara ni ada auranya.” Zara Asyiqin.

Saif tak menduga Reza juga cintakan Zara. Saif jadi tenggelam punca. Siapa yang lebih penting? Reza atau Zara? Dia berjanji akan tunaikan apa sahaja kehendak Reza dan Reza meminta untuk dia melepaskan Zara.

Dear Novels

Write a review

Bulan Cinta

Penulis : Mimie Afinie