Reduced price! Intuisi Expand

Intuisi

Buku Prima Buku Prima

Buku Prima

New

Penulis : Saiful Amin

More details

RM26.60

RM28.00

-5%

Tajuk : Intuisi
Penulis : Saiful Amin
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-498-021-4

Sinopsis
Dunia ini ada dua sisinya. Di kala siang dan juga di kala malam. Cakap-cakap orang kononnya entiti hidupan di kala malam adalah pemalu. Kerana itulah jarang sekali berlakunya pertemuan di antara kedua-duanya. Meskipun begitu, pertemuan yang tidak dijangkakan berlaku akhirnya. Naim yang setelah sekian lama terselamat daripada pertemuan dengan Jabat Kencana akhirnya membuka pintu kepada perjumpaan kedua-duanya. Minatnya yang mendalam kepada paranormal menjadi duri dalam daging. Bersama-sama tiga sahabatnya, mereka meredah alam angker bersenjatakan kamera dan juga semangat mengembara. Misi utama mereka cuma satu. Merakam puaka yang menghantui lokasi-lokasi menyeramkan dan menyebarkannya ke alam maya. “Aku tak tipulah! Aku betul-betul pernah nampak hantu!” Naim. “Kau dah lupa aku? Masa kau kecil-kecil dulu aku pernah datang jumpa kau.” Jabat Kencana. “Angah, apa kau buat? Budak ni keluarga aku. Jangan kau pekik-pekik kat dia. Kau pergi balik!” Tok cik.

Write a review

Intuisi

Intuisi

Penulis : Saiful Amin