"saya nak beli novel & saya nak diskaun 10%"

Saya kena isi maklumat DI SINI

Supir Pujaanku Expand

Supir Pujaanku

Brothers Publication Brothers Publication

Brothers Publication

New

Penulis : Aein Dhiyauddin

More details

RM30.00

Tajuk : Supir Pujaanku
Penulis : Aein Dhiyauddin
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-15577-1-6

Sinopsis
“Halluu… Halluu… Halluu… supir jelita anda sudah mari!”- Afiyah

Dia memang pelik. Menggelar dirinya supir kerana mahu lari daripada gelaran driver atau pemandu yang sudah biasa orang gunakan. Penampilan pun memang pelik. Perempuan jelita yang acah-acah jadi lelaki atau tomboi.

“Afiyah… awak sajalah harapan saya untuk menikah cepat-cepat dengan Liyana. Awak kena berlakon pura-pura nak rampas saya. Kalau dia cemburu, pasti dia akan setuju cepatkan pernikahan kami.” – Arman

“Encik Arman, boleh tak jadi waras sikit. Bab rampas-merampas ni bukan main-main tau. Saya tak nak kena simbah asid. Saya nak hidup normal.”- Afiyah

Arman tiada jalan lain selain daripada meminta Afiyah berpura-pura menjadi orang ketiga dalam pertunangannya dengan Liyana. Tunang kesayangan bermain tarik tali untuk menoktahkan hubungan mereka ke jenjang pelamin. Besar harapan agar Liyana cemburu dan setuju untuk lekas-lekas bersatu. Kerana kasihan, Afiyah setuju. Namun dia terperangkap apabila hatinya sendiri jatuh cinta terhadap Arman.

Hubungan Afiyah-Arman-Liyana bertambah kusut apabila terjadi satu tragedi.

“Kau saja kan nak perangkap aku! Perempuan gila harta! Kau tak layak jadi isteri aku.”- Arman

“Kenapa Encik Arman fikir saya gila sangat nak kahwin dengan encik. Saya pun tak hingin nak kahwin dengan lelaki mulut longkang macam encik ni.”- Afiyah

Jodoh Arman dengan Liyana tidak kesampaian. Arman mengambil keputusan untuk mengejar supir pujaan hatinya namun kehadiran Syafiq Tan Sri Maaruf di sisi Afiyah membantutkan usahanya. Dia mahu akur kepada takdir, namun hatinya mendesak untuk dia mendapatkan Afiyah. Apakah usaha yang harus dia lakukan? Haruskah dia merebut cinta hatinya daripada lelaki lain? Tegakah Arman pula yang menjadi orang ketiga?

Brothers Publication

Write a review

Supir Pujaanku

Supir Pujaanku

Penulis : Aein Dhiyauddin