CUTI HARI RAYA AIDILADHA

CUTI BERMULA 10 - 19 OGOS

Tempahan & bayaran terakhir hendaklah dihantar selewatnya 8 Ogos (Khamis). Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 9 Ogos (Jumaat) akan diproses + pos bermula 20 Ogos (Selasa).

Reduced price! Sweet Dreams Expand

Sweet Dreams

Booku Enterprise

Booku Enterprise

New

Penulis : Acik Lana

More details

This product is no longer in stock

RM30.40

RM32.00

-5%

Tajuk : Sweet Dreams
Penulis : Acik Lana
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-14824-0-7

Sinopsis
Putri – Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?
Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.
“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.
Qash Adam – Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?
“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam
Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta.
Tapi di pengakhirannya… bagaimana?

Booku Enterprise

Write a review

Sweet Dreams

Sweet Dreams

Penulis : Acik Lana