Reduced price! 5 Kisah Seram Di Perpustakaan Expand

5 Kisah Seram Di Perpustakaan

Blink Book Blink Book

Blink Book

New

Penulis : Olvidado Shakur

More details

RM9.50

RM10.00

-5%

Tajuk : 5 Kisah Seram Di Perpustakaan
Penulis : Olvidado Shakur
Harga : RM10.00
ISBN : 978-967-0411-91-0
Mukasurat : 140
Berat :

Sinopsis
Selain dari nampak bermacam jenis hantu di dalam perpustakaan, apa lagi kisah seram yang boleh terjadi? Buku ini boleh menjawab persoalan itu dengan baik. Yang mana kalau kau baca buku ni... kau akan mendapat pengalaman naik roller coaster sambil berbalas pantun dengan cikgu bahasa melayu kau. Sesuatu yang baru, bukan? Begitulah dengan 5 kisah seram yang ada di dalam buku ini!

Setiap kisah di dalam buku ini mempunyai penutup yang tidak kau boleh agak. Ia akan kekal menjadi misteri selagi kau tak baca habis.

Isi Kandungan
Kisah-kisah dalam buku ini juga bermain dengan perasaan takut dan ingin tahu pada tahap maksimum. Persoalan seperti apa kaitan hantu dengan sebuah mesin fotostat dan mangga kunci pintu? Apa hubungan pekerja di perpustakaan awam dengan kes kehilangan beberapa orang remaja? Mengapa buku kosong yang ada diperpustakaan awam membunuh sesiapa saja yang meminjamnya?

Kalau kau tak beli dan baca buku ini, semua persoalan di atas akan kekal menjadi misteri yang menghantui hidup kau. Tapi di sebalik semua itu, terdapat pengajaran-pengajaran yang akan kau perolehi dari buku ini. Menjadikan buku ini bahan hiburan yang memberi manfaat. Pengawas sekolah pun rasa serba salah nak lapor pada cikgu kalau kau bawa buku ini ke sekolah.

Jadi kau belek apa lagi? Beli dan baca saja buku ini!

Blink Book´╗┐

Write a review

Dalam Bilik Darjah

Penulis : Sofuan Saadon