International shipping Secure payment
Penulis : Lili Norlaili
Tajuk : Isteri Sipi-Sipi
Penulis : Lili Norlaili
Harga : RM22.00
ISBN : 9789679690002
Sinopsis
Kerana permintaan terakhir seorang kakak, maka perkahwinan ini terakad! Namun, perumpamaan salin tikar tidak boleh digunapakai dalam kisah kami kerana, lain ibu, lain bapa tetapi kami membesar bersama di Ar-Raudhah. Di situ kasih kami bersemi...
Sesudah perkahwinan, aku ditanya sang suami...
Antara kasih, sayang dan cinta; mana yang awak nak?"
Untuk menjawab, aku tiada jawapannya. Sebab sebagai seorang isteri, sudah tentu semua 'rasa' yang ada pada soalan itu amat diperlukan dalam sebuah perkahwinan. Itu semua ramuan kepada rencah kebahagiaan dalam berumah tangga.
"Haruskah Lia memilih? Tak boleh ke kalau Lia nak semua? Tamak ke saya?"
Ini jawapan kepada pertanyaan Abang Amar, tetapi aku kembalikan kepada dia dalam bentuk soalan.
Lalu, kenapa pula dia yang terdiam. Adillah dia pada aku kerana hanya mampu memberi perhatian kasih dan sayang tetapi tidak atas nama cinta?
Lama memendam rasa, hati yang rajuk semakin terseksa. Onar orang ketiga paling memilukan, layanan suami pula sering berubah-ubah, ada kala mesra dan selebihnya hambar, membuat aku terpasung dalam keliru.
***************************************
Selami dan jejakilah misi Lili Norlaili menjalin rasa Amar dan Alia demi mencari kesudahan cinta... kerana mereka masih keliru dengan hati masing-masing.
Berita Publishing