International shipping Secure payment
Penulis : Aiman Banna, Nuridhzuan
Tajuk : Aku Bukan Nabi
Penulis : Aiman Banna, Nuridhzuan
Harga : RM30.00
ISBN : 9789671475324
Mukasurat : 353
Sinopsis
Hanya disebabkan satu Jahilian. Seluruh takdir hidupnya dirasakan berubah. Ameerul Mukmin kehilangan sinar dalam kehidupan. Dia hilang segala-galanya termasuk untuk mengejar semula cinta dan redhaNya.
Semuanya seakan tiada lagi bermakna. Hatta dirasakan gerbang syurga juga sudah semakin tertutup buatnya. Dia nestapa.
Sangkanya, dengna memilih jalan ini. Hidupnya akan menjadi lebih baik. Tetapi lain pula terjadinya. Dia malah semakin jauh dari Tuhan dan istidraj terus menutup sinar dalam hatinya tanpa ia sedari. Kurnia Allah terus dinikmati tanpa rasa syukur di hati.
Maka waktu terus berjalan sehinggalah takdir memperlihatkan keraguan dan kekuasaanNya. Dia pun rebah sejurus sedar akan seluruh khilaf dalam pilihannya selama ini. Lalu, bersama harapan yang semakin pupus, dia pun bangkit untuk mengejar semula cinta dah redha Allah.
Namun semakin tertanya-tanya... apakah taubat ini, Allah terima?
... atau dia memang selayaknya dicampak terus ke dalam neraka buat selama-lamanya.
Aqada Publication