Reduced price! Dudamu Aku Yang Punya Expand

Dudamu Aku Yang Punya

Anaasa Publication Anaasa Publication

Anaasa Publication

New

Penulis : Danisyarahmat

More details

RM27.55

RM29.00

-5%

Tajuk : Dudamu Aku Yang Punya
Penulis : Danisyarahmat
Harga : RM29.00
ISBN :

Sinopsis
Izham yang masih berdiri di muka pintu, ketawa lagi melihat reaksi Hana takut-takut berani itu. Izham pulas tombol pintu utama. Hana sudah menarik nafas lega kerana Izham menurut arahannya. Tapi riak wajahnya berubah terkejut apabila Izham bukan hendak keluar sebaliknya menutup pintu utama.
“Please Hana, sekali saja”. Izham terus merayu. Kakinya dibawa mendekat ke arah Hana. Semakin dia mendekat, semakin Hana menjauh. Air muka Hana sudah berubah menjadi cuak dan galau.
“Tolonglah Zham. Aku ni isteri orang. Berdosa apa yang kau minta ni”. Hana terus memujuk lagi.
“Bukan Khalil tahu pun. Dia kan kerja. Sekali je, Hana. Aku janji, kita tak akan kantoi nanti”.
“Kau ni memang gila, setan. Keluar!”. Hana sudah menjerit.
Izham menerpa ke arah Hana lalu menutup mulut Hana. Berlaku pergelutan antara mereka.
“Lepaslah”. Hana sudah menangis.
Tak termampu dia untuk melawan tenaga Izham. Tambah pula dia sedang membawa kandungan Khalil dalam perutnya. Apalah daya wanita yang mengandung 5 bulan untuk melawan kudrat lelaki yang bertenaga ini.
Izham pekup mulut Hana lalu membawanya duduk di sofa. Air mata sudah berjurai membasahi pipi Hana. Dalam hati tak habis dia berdoa memohon pertolongan dari Allah.
“Kau jangan melawan. Kalau tidak nahas anak dalam perut kau ni!”.
“Ingat Allah, Zham. Ingat dosa. Apa yang kau buat ni berdosa besar, Zham”. Hana masih merayu. Izham sudah galak menanggalkan tudung yang menutupi rambut Hana.
“Kasihan kat aku Zham. Kalau kau tak kasihankan aku pun, tolong kasihankan Rizqin dan anak dalam perut aku, ni”. Hana terus merayu. Bagai dirasuk syaitan, Izham tidak mengendahkan rayuan Hana itu.
“Mama!”. Suara halus Rizqin menyeru nama Hana yang sedang menangis. Izham berhenti dari meneruskan niatnya. Hana bangun lalu terus menerpa ke arah Rizqin yang terpisat-pisat menggosok matanya.
“Baliklah, Izham”. Hana mengarah lagi dalam tangisan. Izham menggosok kepalanya seolah tersedar sesuatu. Dia duduk di sofa seraya beristigfar panjang.
“ Baliklah, Zham. Tak elok kalau orang nampak”. Izham bangun lantas mengancingkan semula butang bajunya. Dia benar-benar binggung. Dia menghampiri Hana

Anaasa Publication

Write a review

Protect The Boss

Penulis : Ellyne Alyana