Reduced price! Jadi Makmum Dia Expand

Jadi Makmum Dia

Anaasa Publication Anaasa Publication

Anaasa Publication

New

Penulis : Dilla Ahmad

More details

RM24.70

RM26.00

-5%

Tajuk : Jadi Makmum Dia
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM26.00
ISBN : 9789670870809

Sinopsis
"Selamat pagi, Cik Alia." Tegur Ikhmal.bila gadis itu buat tidak peduli dengan kehadirannya.
"Selamat pagi, Encik Ikhmal."
"Saya nak jumpa awak sekejap. Mari masuk ke bilik saya."
"Kenapa?"
"Cik Alia ..." tegur Laila sambil buat muka 'jangan bantah cakap bos'.
"Saya ada perkara nak cakap dengan awak ..."tegak mata Ikhmal memandang Alia
"Baik, encik.." Suara Alia sudah menekan sedikit. Dijeling si kakak yang bersungguh suruh dia mengikut bos mereka itu.
Alia mengatur langkah mengikut Ikhmal dari belakang. Dia perasan semua mata staf memandang ke arah dia dan Ikhmal.
"Tutup pintu tu sekali, Cik Alia!"
"Hah?" Alia sudah terkejut.
"Jangan risau. Saya tak makan perempuan. Saya suka belai dia orang aje." Ikhmal menoleh sambil buat senyum jahat.
"Kalau macam tu baik saya keluarlah, encik." Alia sudah berpaling ke pintu.
"Just shut the door!"
Nak bergurau sikit pun tak boleh Cik ALia ni. Cepat-cepat pintu ditutup.
"Duduk sini!" Arah Ikhmal lagi.
Alia segera duduk tegak menghadapnya. Nak ketawa pulak Ikhmal melihat wajah Alia waktu ini.
"Jangan bimbang, Cik ALia. Orang masih nampak kita." IKhmal menunjukkan tingkap kaca bilik pejabatnya.
"Awak dah fikirkan apa yang saya cakap semalam?"
"Encik suruh saya fikirkan dulu hal ini. Tapi hari ni encik mahukan jawapan pulak."
"Saya tak suka tangguh-tangguh hal macam ini."
"Encik baru kenal saya semalam!"
"Seminggu!" Jawab Ikhmal. "Saya dah kenal awak seminggu, Cik Alia."
"Itu kebetulan!."Balas Alia pula.
"Awak tak rasa ke, Allah mendekatkan kita? Ya. Kita berjumpa secara kebetulan. Tapi setiap apa yang berlaku pasti ada alasannya. Pasti ada hikmahnya. Dan hikmahnya, awak ditakdirkan bertemu dengan saya dan saya sukakan awak!"
"Semudah itu?"
Ikhmal angguk kepala. Laci meja ditarik dan sebuah kotak kecil baldu merah disorongkan di hadapan Alia.
"Untuk awak."

Anaasa Publication´╗┐

Write a review

Tersusun Indah Takdir Kita

Penulis : Sara Irdina