Whatsapp Dapat

Kod Diskaun 20%


Suri Isabella Expand

Suri Isabella

Anaasa Publication Anaasa Publication

Anaasa Publication

New

Penulis : Sya Jamuri

More details

RM27.00

Tajuk : Suri Isabella
Penulis : Sya Jamuri
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-75-5

Sinopsis
Kerana terdesak dalam mencari pekerjaan, Suri Isabella terpaksa memegang jawatan sebagai pembantu peribadi kepada seorang lelaki yang berlagak dan miang seperti Adrian. Ini membuatkan hari-hari Bella di pejabat itu semakin tidak tenteram dibuatnya.

Setiap hari, bagaikan ada saja wanita seksi yang datang bertandang ke pejabat itu. Bella juga ditugaskan untuk mengingati setiap nama skandalnya lengkap dengan biodata sekali. Memang kerja gila namanya!

“Encik Adrian, in case you forgot, tujuan saya datang ke mari hari ini adalah untuk interview. Kalau Encik Adrian rasa tak sudi langsung nak tengok my resume that I had spent for hours untuk siapkan, saya rasa lebih baik saya pergi sekarang.” - Bella

“Bella, look at me. I tahu, I memang jahat. Tapi itu dulu. I have changed a lot since I met you.” - Adrian

Kehadiran Adi, yang sudah beberapa tahun tidak berhubung seakan mengubah segalanya. Bella menaruh hati kepada lelaki itu sejak mereka sama-sama menuntut di Melbourne dulu.

Malangnya, sahabat baiknya Eja juga menaruh perasaan yang sama terhadap Adi. Bella terperangkap di dalam dilema. Bingung. Tidak pasti keputusan manakah yang terbaik untuknya pilih.

Keadaan semakin rumit apabila papanya ingin menyatukan dia dan Adrian. Mana mungkin dia dapat mencintai seorang lelaki yang cukup dia benci selama ini.

Anaasa Publication

Write a review

Jejaka Macam Dia

Penulis : Daisy Zahra