PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! Bukan Salah Pilihan Expand

Bukan Salah Pilihan

Anaasa Publication Anaasa Publication

Anaasa Publication

New

Penulis : Dilla Ahmad

More details

This product is no longer in stock

RM22.50

RM25.00

-10%

Tajuk : Bukan Salah Pilihan
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM25.00
ISBN : 9789670870717

Sinopsis
“Hai...” Tiba-tiba satu suara halus menegur di belakang buat dia tersentak sedikit. Kepala ditolehkan. Seorang gadis tinggi lampai bergaun merah pendek atas lutut sedang menikam pandangannya.

Dia tidak menyahut. Hanya mata saja yang meliar merenung tubuh yang berpakaian ketat menampakkan tiap lekuk tubuh itu atas bawah. Orang dah bagi tengok percuma. Pandang ajelah. Bukan kena bayar pun!

“I Rossa. Kawan Fira.” Perempuan itu memperkenalkan dirinya sambil bibir yang merah menyala itu mengorak senyuman menggoda. Kening Khalif terjongket sedikit. Kawan Zafira? Maknanya perempuan ini lebih tua dari dialah?

“I sejak tadi lagi nampak you berdiri dekat sini sorang-sorang. I tanya Zafira siapa you ni. Tak sangka you ni adik dia. Kenapa tak join kita orang? I nak sangat kenal dengan adik Zafira yang handsome ni. Selama ni I cuma dengar nama you aje dari Zafira. Sekarang baru berpeluang bertentang mata,” tutur Rossa, masih dengan senyuman
manis menawan bersama jelingan manjanya. Damn. What the hell is going on with this woman? Sibuk nak tahu pasal dia, kenapa? Kening tebal Khalif terjongket sedikit.

Bunyi suara orang ketawa dan menjerit keriangan membuatkan Khalif dan Rossa berpaling. Dari hujung sana, Zafira sedang menuang segelas air oren ke atas kepala ‘budak’ itu. Khalif merengus keras. Apa lagilah Zafira tu buat? Sejak kecil lagi tidak habis-habis membuli Zameera.

Anaasa Publication

Write a review

Takkan Terganti

Penulis : Areej Airin