PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! Foto Cinta Expand

Foto Cinta

Anaasa Publication Anaasa Publication

Anaasa Publication

New

Penulis : Azimah Lily

More details

This product is no longer in stock

RM23.75

RM25.00

-5%

Tajuk : Foto Cinta
Penulis : Azimah Lily
Harga : RM25.00
ISBN : 9789670870700

Sinopsis
“Don’t cry! Uncle ada. Sayang, jangan menangis, ya,” pujuk Jeffri.
“Jeff!” tegah Tan Sri Isa melihat anak bongsunya memujuk budak kecil itu. Hatinya rasa panas. Dia tak suka Jeffri rapat dengan Jasmin itu.

“Abah! Kalau pun abah bencikan Abang Musa dan Kak Aton, Jasmin tak bersalah. Abah tak kasihan ke kat Jasmin? Cukuplah, abah! Abang Musa dan Kak Aton pun dah tak ada. Siapa nak jaga Jasmin selain kita? Kita darah daging dia. Satu-satunya saudara terdekat dia ada,” nasihat Jeffri. Kemalangan jalan raya dua hari lalu telah meragut nyawa abang dan kakak iparnya.

“Budak sial ni bukan cucu aku. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga kita. Aku tak nak tengok muka dia. Sakitkan hati aku saja. Sejak abang kamu keluar dari rumah ni, aku hanya ada seorang anak saja. Kamu, Jeff!” marah Tan Sri Isa. Dia tak sangka Musa memilih pelukis jalanan itu berbanding keluarga kandungnya sendiri.

“Abah!” Kepala Jeffri digeleng pantas. Dia kurang setuju dengan kata-kata Tan Sri Isa.
“Aku dah bagi macam-macam kat dia. Segala kemahuan dia, aku ikut tapi dia pilih perempuan tu daripada aku. Aku ni bapak dia. Aku besarkan dia. Tapi dia tetap pilih perempuan yang dia tak tahu asal usul jadi isteri dia. Apa kekurangan Rosa, hah? Anak Tan Sri Jalani. Anak orang berada. Educated! Cantik! Aku pilih perempuan yang setaraf dengan kita tetapi dia tetap nakkan perempuan tu. Perempuan yang tak setaraf dengan kita.” Tan Sri Isa mengungkit kisah lalu. Wajahnya berona merah kerana marah.

“Itu namanya jodoh, abah!”

“Argh! Jodoh ke bodoh?!” Tiba-tiba jari ditunjukkan ke arah Jasmin. Renungan tajam masih pada Jasmin. “Budak tu bukan cucu aku. Hantar di ke rumah anak-anak yatim. Biar dia tinggal kat situ. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Aku tak nak dia bawa sial dalam keluarga ni.”

Anaasa Publication

Write a review

Melodi Cinta (Edisi 3)

Penulis : Azimah Lily, Nurrul Shuada, Bunga Amani, Elin Nadia, Aifa Batrisya, Tina Derika, Suha Fasihah, Helena Anne, Airis Amani, NorShiemah