"saya nak beli novel & saya nak diskaun 10%"

Saya kena isi maklumat DI SINI

Noktah Cinta Expand

Noktah Cinta

Alaf 21 Alaf 21

Alaf 21

New

Penulis : Fatin Nabila

More details

RM28.00

Tajuk : Noktah Cinta
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0858-9

Sinopsis

Tentang Najma Ameena, seorang gadis dalam usia 23 tahun. Seorang yang biasa-biasa saja. Bukanlah gadis yang cantik sangat pun. Tetapi, dia menjadi igauan beberapa lelaki yang hadir dalam hidupnya.

Najma Tinggal bersama-sama dengan ibunya, Bahiyah. Ayah Najma sudah lama meninggal dunia. Kakaknya, Farah Adira, bekerja di Singapore. Adira membawa diri ke sana setelah kecewa bercinta dengan Hanafee, rakan yang dikenali di kolej. Adiknya, Sarah Azalea atau Yaya, belajar di kolej. Jadinya, hanya Najma dengan ibu di rumah. Najma sangat rapat dengan ibunya.

Najma akrab dengan Saif, jiran sebelah kanan rumahnya. Saif juga rapat dengan Bahiyah. Bahkan, turut panggil ibu kepada ibu Najma itu. Sejak dari kecil, Najma dan Saif rapat sebagai jiran, rakan sepermainan dan juga rakan persekolahan. Ibu dan ayah Saif sudah lama meninggal dunia. Saif tinggal dengan kakaknya, Fida. Suami Fida bekerja di Sabah. Saiflah yang menjaga Fida dan anak saudaranya, iaitu anak Fida yang masih kecil. Saif seorang yang cukup bertanggungjawab. Bahiyah sangat sayangkan Saif macam anak sendiri. Saif sangat ambil berat pada Najma.

Najma berkenalan secara tidak sengaja dengan Doktor Dizwar. Dizwar menegur cara Najma memandu yang cukup berbahaya. Pertemuan kedua ketika Najma tidak cukup duit mahu bayar pisang goreng. Dizwar yang kebetulan ada di gerai sama, tolong bayarkan. Dari situ mereka akrab.

Tiga bulan berkawan, Dizwar ajak Najma bertunang. Najma pun dalam diam sangat senang dengan Dizwar. Senang tak bermakna cinta. Tetapi, apabila dilamar sebagai isteri, Najma rasa mahu lompat sampai ke bintang. Najma ajukan pada ibunya, Bahiyah. Bahiyah setuju jika Najma rasa itu yang terbaik. Pada ibu, dia tidak pernah memilih bakal menantunya. Ibu percaya yang Najma mesti bijak memilih bakal pasangannya.

Dizwar bertemu dengan ibu Najma. Bahiyah berkenan pada Dizwar. Najma dibawa Dizwar ke rumah mama dan papa Dizwar. Rubaina, mama Dizwar melayan Najma dengan baik. Sehinggalah Rubaina terpandang gambar Najma dan ibunya yang jadi bacground telefon Najma. Setelah itu, Rubaina dingin pada Najma. Langsung tak endah pada Najma. Sementelah tika itu muncul Kirana di rumah Dizwar. Kirana adalah bekas tunang Dizwar. Biarpun putus tunang, Kirana masih akrab dengan mama Dizwar. Bebas keluar dan masuk di rumah Dizwar. Jelas kelihatan yang Kirana masih berharap pada Dizwar. Kirana sendiri yang beritahu Najma bahawa dia adalah bekas tunang Dizwar.

Najma sangat tersinggung dengan layanan Rubaina padanya. Dizwar memujuk agar tidak terlalu ikutkan perasaan. Percaya yang mamanya terima Najma.

Saif terkejut apabila Najma beritahu akan bertunang dengan Dizwar. Tidak pernah dia tahu yang Najma ada teman lelaki. Tetapi, tiba-tiba saja Bahiyah mohon agar Najma tidak teruskan rancagan mahu bertunang dengan Dizwar. Macam-macam alasan yang Bahiyah beri. Najma masih muda, baru lagi kenal dengan Dizwar, baru lagi kerja. Pening jadinya Najma. Padahal ibu itulah yang setuju Najma mahu bertunang dengan Dizwar. Atas nama anak yang patuh, Najma menurut kata.

Dizwar pula menjarakkan diri. Diam dan mulai dingin pada Najma. Bingung jadinya Najma sikap ibu dan Dizwar. Dizwar memutuskan ikatan mereka tanpa kata. Pergi tanpa pesan. Najma sangat terluka namun akur. Orang dah tak nak, tak suka..maka dia duduk diam-diam.

Saif tetap beri semangat dan sokongan pada Najma. Kelukaan Najma akhirnya pulih. Sehinggalah Najma dilamar pula oleh Encik Naufal, bos di tempat Najma bekerja. Lamaran yang tiba-tiba. Memang Najma terkejut sangat. Tetapi Encik Naufal cukup bijak membeli cintanya. Naufal lantas bertamu ke rumah Najma. Ketika itu Najma demam. Konon mahu dibawa ke klinik. Sudahnya Naufal bawa Najma bertemu emaknya. Mak Naufal pun berkenan pada Najma. Hubungan Najma dan Naufal berlangsung dengan baik. Sehingga keduanya bertunang. Perancangan mereka mahu kahwin dalam masa terdekat. Najma agak kurang setuju dan rasa melulu. Tetapi akur pada kesungguhan Naufal.

Naufal sangat cemburukan Saif. Macam-macam larangan diberi Naufal. Antaranya, Najma tak boleh ikut Saif berniaga carboot lagi. Saif ni kerja biasa-biasa saja. Berat hati Najma, tetapi patuh pada bakal suami.

45 hari sebelum tarikh kahwin Naufal dan Najma, Naufal berubah sikap. Tiba-tiba dingin dan sukar ditemui. Najma juga dapat tahu yang Naufal rapat dengan Delaila. Rakan kerjasama pernigaan Naufal. Perniagaan Naufal ada masalah. Naufal minta pernikahan mereka ditangguhkan. Sesuatu yang payah Najma nak terima. Naufal mintak Najma keluarkan simpanannya untuk tampung perniagaan yang hampir ‘runtuh’. Tapi, Najma tidak mahu. Sebab Najma pun bukan ada duit sangat. Ketidaksudian Najma, merenggangangkan lagi hubungan mereka sehingga akhirnya Naufal memutuskan mahu kahwini Delaila.

Kali kedua Najma kecewa bercinta. Najma berhenti kerja di syarikat kecil Naufal. Tidak sanggup berdepan dengan bekas tunang yang kini jadi suami wanita lain. Dalam kecewa, Dizwar muncul menagih kasih Najma. Namun Najma, sudah padam hatinya untuk Dizwar. Cara Dizwar tinggalkannya sangat melukakan hatinya. Dizwar tetap juga mahukan Najma sehingga Rubaina muncul semula dan menghamun Najma. Rupanya, Rubina kenal Bahiyah. Mereka pernah jadi kawan rapat. Rubina tidak setuju Bahiyah mahu bela anak kawannya yang suami si kawan itu berada dalam penjara atas kesalahan membunuh dan merompak. Lalu persahabatan Bahiyah dan Rubaina berakhir. Rubaina sangkakan Najma adalah anak angkat Bahiyah, tanpa tahu cerita sebenar.

Najma memaksa ibu ceritakan perkara sebenar. Bahiyah mengelak. Tidak mahu ungkit kisah yang lama. Namun kedegilan Najma membimbangkan Bahiyah. Lalu ceritakan perkara sebenar. Bahawa Najma adalaha anak sulung Bahiyah. Adira anak angkat yang dimaksudkan Rubaina. Namun, Bahiyah sayangkan Adira dan Najma tanpa sempadan. Adira pun tidak tau dia anak angkat. Ini adalah rahsia besar yang disimpan Bahiyah.

Jiran sebelah kiri, Mak Yam juga rapat dengan Bahiyah. Mak Yam juga tahu cerita tentang Adira. Mak Yam juga mengunci mulutnya bertahun-tahun lamanya. Anak lelaki Mak Yam, Yusuf Iskandar adalah rakan lama Najma dan Saif. Yusuf baru balik belajar di Jordan. Kini dikenali sebagai Ustaz Yusuf. Yusuf baru bertunang dengan Umira. Umira adalah teman sepengajian Yusuf di Jordan.

Yusuf, Najma dan Saif kembali rapat.

Najma bertegas tidak melayan tagihan kasih Dizwar. Dek kecewa, Dizwar meminta tukar tempat kerja. Pada Najma, itu satu kelegaan. Saif akhirnya melamar Najma. Lamaran yang buatkan Najma tergamam. Tidak pernah dia sangka yang Saif cintakan dia. Saif mengaku cintakan Najma sekian lamanya. Sejak mereka di sekolah lagi. Namun segan mahu suarakan hatinya sebab memandang Najma ‘tinggi’. Sedangkan dia hanya berniaga biasa saja. Saif hanya sekadar SPM. Najma pula ada ijazah. Yang melamar Najma adalah Doktor Dizwar dan bos Najma, Encik Naufal. Buatkan Saif rasa sangat rendah diri. Namun, Saif beranikan diri. Tidak mahu kecundang lagi. Desakan Fida, buatkan Saif berani. Melamar Najma dengan cukup manis sekali.

Bahiyah setuju. Saif dan Najma dinikahkan dalam keadaan sederhana. Pada Saif ini adalah impian yang tertunai. Bertahun-tahun dia berdoa agar Najma jadi isterinya. Najma sangat terharu. Sahabat yang kini jadi suaminya.

Pada malam pertama pernikahan. Setelah solat sunat nikah, Saif terpaksa pergi bank. Mahu transfer duit untuk kawannya yang sangat memerlukan pertolongan kewangan. Najma mahu ikut ke bank jua. Manja sangat sebagai pengantin baharu. Najma tunggu dalam kereta. Rasa lama sangat Najma tunggu. Sehinggalah diberitahu seorang lelaki dirompak dalam bank. Lelaki itu adalah suaminya, Saif.

Saif meninggal dunia pada malam pertama pernikahan. Malam pertama Saif di alam kuburan. Kematian sang suami yang meremukkan perasaan Najma. Hanya beberapa jam dia menjadi isteri. Besar dugaan Najma. Ustaz Yusuf banyak beri nasihat pada Najma. Perlahan-lahan Najma bangkit dari kesedihan. Saif tetap dalam kenangan. Suaminya yang pertama. Cinta suci yang diharap akan bertemu semula di syurga kelak.

Dizwar muncul lagi. Mahu nikahi Najma. Namun Najma, sudah putus harapan. Padanya Dizwar sudah ‘mati’. Sama sekali tidak akan terima Dizwar lagi. Najma rasakan sudah lama Yusuf bertunang. Diberanikan diri bertanya pada Yusuf tentang itu. Rupanya Yusuf sudah putus tunang. Allah. Terkejut sangat Najma. Tenangnya Yusuf. Kagum dengan kentalnya Yusuf hadapi kelukaan cinta.

Masa berlalu. Najma sudah benar-benar pulih perasaannya. Reda dengan ketentuan takdir. Susunan Allah yang ada hikmah tersendiri.

Yusuf melamar Najma. Pada Najma, sangat takut untuk terima. Cintanya tak pernah menjadi. Dia bimbang kecewa lagi. Namun pujukan ibu dan Mak Yam, menyedarkan Najma hakikat hidup. Yang mati adalah takdir tercatat. Yang hidup, harus merebut peluang dan kehidupan yang lebih baik.

Najma istikharah. Lapang dada dia menerima lamaran Ustaz Yusuf. Saif tak pernah dilupakan. Namun, mereka sudah berpisah alam. Kini, taat dan patuhnya pada suaminya yang sah, Yusuf Iskandar.

Write a review

Noktah Cinta

Noktah Cinta

Penulis : Fatin Nabila