Reduced price! Ya Allah...Tiba Tiba Kini Saya Telah Tua! Expand

Ya Allah...Tiba Tiba Kini Saya Telah Tua!

Al-Hidayah Al-Hidayah

Al Hidayah

New

Penulis : Jamal Ma’mur Asmani

More details

This product is no longer in stock

RM14.25

RM15.00

-5%

Tajuk : Ya Allah...Tiba Tiba Kini Saya Telah Tua!
Penulis : Jamal Ma’mur Asmani
Harga : RM15.00
ISBN : 978-967-026-704-3
Mukasurat : 224

Sinopsis
Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, subhanallah…! Telah banyak uban di kepalaku. Kulit muka ini juga mulai berkedut-kedut dimamah usia. Berapakah usiaku kini? Astaghfirullah… tahu-tahu aku telah berumur lebih 40 tahun, lebih 50 tahun, ataupun lebih 60 tahun…

Penyakit-penyakit pun mula berduyun-duyun menyerangku. Tenaga pun mulai lemah. Jalan pun mulai semput. Pandangan pun mulai kabur. Ingatan pun mulai lemah. Semua yang dulu kuat , tangkas, gagah, tampan, cantik, memikat kini beransur-ansur meninggalkanku. Lalu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan datang ajal menjemput. Dibuang sendiri oleh keluargaku yang tercinta ke liang lahat yang dingin, sepi dan gelap. Ya Allah, rasanya baru kelmarin aku masih kecil, lalu menjadi remaja, mulai jatuh cinta, kemudian berkerjaya dan berkeluarga. Tapi kini, di sekelilingku telah ramai anak-cucu yang gagah seperti aku dulu-dulu…

Ya Allah…tahu-tahu kini aku benar-benar telah tua, tanpa pernah aku sedari sejak dulu lagi bahawa hari ini telah pun menemuiku, sebagaimana masa tua yang juga telah menemui bapaku dan datukku yang kini telah tiada…

Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia di hadapan kuasa Allah. Waktu kecil, muda, sedar-sedar kini telah beranak-pinak, lalu menjadi datuk-nenek dan menunggu waktu untuk menemui-Nya. Kita tersentak menyedari diri ini yang tidak lama akan mati. Lalu apa yang telah kita siapkan selama muda, dewasa dan tua ini, untuk mengadap Allah, memasuki rumah abadi di akhirat?

Buku ini mengetuk nurani setiap muslim/muslimah untuk tidak hanyut dalam kelipan dan kilauan dunia semata-mata. Sedarlah pusingan umur di dunia ini sesungguhnya hanya sementara, amat singkat dan tandu kematian akan tiba segera berkunjung ke rumah kita untuk menghantar memasuki pintu kebahagiaan atau penderitaan abadi di hadapan Allah. Begitu ngeri sekali, ya Allah…!

Write a review

Untuk Kita Pendosa : 30 Hari Mencari Tuhan

Penulis : Hilal Asyraf