Reduced price! Huru Hara Hari Kiamat Expand

Huru Hara Hari Kiamat

Al-Hidayah Al-Hidayah

Al-Hidayah

New

Penulis : Ibnu Kathir

More details

RM53.01

RM58.90

-10%

Tajuk : Huru Hara Hari Kiamat
Penulis : Ibnu Kathir
Harga : RM58.90
ISBN : 9789674392765
Mukasurat : 593
Berat : 1.18kg
Saiz : 7 x 10in

Sinopsis
Di dalam Al-Quran banyak dinyatakan tentang Hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa dalam sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai suatu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan itu. Sebenarnya itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di dunia.

Buku ini adalah hasil tulisan Ibnu Kathir yang juga merupakan seorang tokoh ilmu hadis yang banyak menghasilkan buku yang menjadi rujukan dan bacaan seluruh umat Islam sehingga kini. Di dalam buku ini Ibnu Kathir menghuraikan secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud dan peristiwa-peristiwa yang berkaitannya mengikut kronologi. Apa yang lebih istimewa, semua huraian-huraian itu turut disertakan dalil-dalil dan nas-nas bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang dihidangkan di dalam buku ini akan menambahkan keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT serta keimanan kita kepada hari kiamat. Diharapkan dengan bukti-bukti serta kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini juga akan menjadikan hidup kita lebih fokus dan matlamat hidup lebih teguh serta mendapat kebahagiaan, kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat, Insya-Allah.

Write a review

Huru Hara Hari Kiamat

Huru Hara Hari Kiamat

Penulis : Ibnu Kathir