PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN

SILA TEBUS DI SINI

Reduced price! New Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad Expand

Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad

Al Hidayah Al Hidayah

Al-Hidayah

New

Penulis : Abu Mazaya Al-Hafiz

More details

RM61.75

RM65.00

-5%

Tajuk : Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad
Penulis : Abu Mazaya Al-Hafiz
Harga : RM65.00
ISBN : 9789830994307

Sinopsis
Sebaik-baik umat ialah mereka yang mengerti sejarah hidup Nabinya kemudian meneladani cara hidup telah ditunjuk ajar. Peribadi Rasulullah SAW ibarat Al-Quran yang berjalan di atas bumi. Kerana itu sesiapa yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai Uswah Hasanah bererti ia telah mengamalkan Al-Quran. Nabi Muhammad SAW adalah manusia teragung yang mempunyai akhlak luhur, peribadi mulia dan sebagai insan sempurna. Jika sebahagian pemimpin atau tokoh manusia lain ada mencipta sejarah pada masa ia masih berkuasa dan seterusnya hanya tinggal kenangan atau dikekalkan dengan bentuk patung-patung, bahkan di antaranya ada juga yang menjadi bahan kutukan oleh generasi sesudahnya, namun manusia agung Nabi Muhammad SAW, sirah dan sejarahnya tetap anggun dan semerbak mewangi di sepanjang zaman bahkan menjadi penyuluh hidup manusia seluruh dunia sehinggalah hari Kiamat. Perbezaan ini disebabkan dari sumber sejarah yang keduanya sangat berlainan, sejarah Rasulullah SAW adalah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang keduanya berasal daripada Allah SWT sedangkan sejarah manusia atau pemimpin lain adalah dari budaya manusia itu sendiri.

Persembahan buku ini menggunakan cara tertib tahun, yakni menghuraikan sejarah Rasulullah SAW mengikut tahun-tahun di mana berlaku peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW bermula dari kelahiran Baginda SAW hingga wafat. Ia merangkumi 50 bab dimulakan tempat kelahiran Islam sehinggalah Sejarah Ringkas Khulafa’ Ar-Rasyidin. Pada Muqaddimah juga dihuraikan secara ringkas tentang kepentingan mempelajari Sirah Nabawiyah.

Bagi menghilangkan rasa jemu pada pembaca dan untuk menarik minat khasnya dari kalangan kanak-kanak dan remaja maka pada bahagian tertentu, dipersembahkan dengan gaya bahasa bercerita, seperti pada bahagian Perang Uhud dan Perang Badar. Penyusun buku secara sistematik, lengkap dan disertakan sekali nota kaki menjadikan ianya sebagai karya ilmiah dan sangat sesuai dijadikan buku rujukan khasnya oleh pelajar dari peringat rendah sehinggalah Pengajian Tinggi dan juga semua kaum muslimin secara amnya.

Write a review

Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad

Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad

Penulis : Abu Mazaya Al-Hafiz