PEMBERIAN BAUCER TAMBAHAN 15% 

SILA KLIK DI SINI

Reduced price! Bahagiakan Diri Dalam Satu Isteri Expand

Bahagiakan Diri Dalam Satu Isteri

Al-Hidayah Al-Hidayah

Al Hidayah

New

Penulis : Rahmat Ramadan Al-Banjari

More details

RM13.30

RM14.00

-5%

Tajuk : Bahagiakan Diri Dalam Satu Isteri
Penulis : Rahmat Ramadan Al-Banjari
Harga : RM14.00
ISBN : 967-598-445-7
Mukasurat : 224

Sinopsis
"Salah satu perkara yang memungkinkan terjadinya kehambaran hubungan suami isteri ialah akibat hilangnya sentuhan isteri untuk memainkan empat peranan sekaligus. 1 jasad 4 jiwa atau karakter. Para wanita khususnya, amat perlu membaca buku yang mengupas masalah-masalah tersebut dengan amat cerdas ini.”
Dr.Adi P.Nugraha, M.Psi. Penulis buku-buku keibubapaan dan Konsultan Psikologi Keluara di Jakarta.

"Biar orang kata, saya beristeri lebih dari satu kerana dorongan seksual semata-mata. Tetapi, saya sebenar tidak begitu. Saya merasa sangat tenang dengan isteri-isteri saya. Hidup saya terasa kian begitu sempurna dengan dipenuhi oleh empat karakter yang saya temui pada dua isteri saya, yang selama dengan tidak saya dapatkan daripada satu isteri. Lalu apakah saya salah'? Subhanallah, ia hadir dengan sendirinya dalam kehidupan saya dan membuat saya kian bahagia...
Muhammad A.Mushafa. Pensyarah dan Ahli Perniagaan.

"Sangat penting bagi setiap isteri untuk tidak pernah mengabaikan integriti keperibadiannya sebagai wanita. Rasa (peribadi) jalaaliyah,jamaaliyah,qahaariyah dan kamaaliyah adalah unsur-unsur yang mesti anda bangunkan! Suami mana yang tidak akan seronok di rumah hanya bersama anda bila anda yang hanya keempat-empat dimensi tersebut..."
K.H.Abdul Munir Syamsuri, penulis buku, Pengasas Pesantren dan Konsultan masalah-masalah rumahtangga di Cirebon.

Jangan gundah. wahai para isteri ! Jika anda merasa ada perubahan pada suami anda atau mencurigakan, segeralah bennuhasabah. Jangan-jangan peribadi anda sebagai wanita dan isteri mulai "pudar sentuhannya". Segera dapatkan semula sentuhan itu. lakukan sesuatu dan nikmati hari-hari indah bersama suami tercinta anda. "Bahagiakan Diri Dalam Satu Isteri" inilah rahsia mencapai maqam hubungan suami isteri yang dahsyat, luar biasa dan mententeramkan jiwa...

Write a review

Panduan Membina Mahligai Impian

Penulis : Ali Akbar Osman