Reduced price! Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 2 Expand

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 2

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i

More details

RM57.00

RM60.00

-5%

Tajuk : Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 2
Penulis : Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i
Harga : RM60.00
ISBN : 978-967-368-126-6
Mukasurat : 587
Berat (kg) : 1.2
Saiz (inci) : 7 x 10

Sinopsis
Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie atau lebih dikenali dengan Imam Al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab Al-Syafie ialah kitab Al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab Al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab ini membahaskan berbagai-bagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada Al-Quran, Al-Sunnah, ijmak dan qias. Ia juga boleh dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakan menggunakan jalur periwayatan yang tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis.

Jilid kedua buku daripada Kitab Al-Umm;ini merangkumi beberapa kitab (bab) yang besar dan penting iaitu taharah, haid dan solat. Ketiga-tiga bab ini sangat berkait antara satu sama lain dan merupakan bab yang sangat penting untuk dihadam. Selain daripada pengertian, jenis-jenis dan rukun-rukun, Al-Imam juga turut merungkai masalah-masalah fikah berkaitan ketiga-tiga bab ini yang sering menjadi kekeliruan umat. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat besar kepada para pembaca dan penuntut ilmu.

Al-Hidayah menerbitkan pelbagai buku Islam, motivasi dan pembangunan diri yang sesuai untuk semua peringkat pembaca.


Antara topik yang sering mendapat perhatian termasuk fardhu ain, kekeluargaan, pendidikan anak, motivasi dan kerohanian.


BBO Rumah Novel Melayu menyediakan pelbagai buku terbitan Al-Hidayah secara online dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.


Lihat semua buku agama Al-Hidayah di sini

Write a review

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 2

Ensiklopedia Imam Al-Syafie Jilid 2

Penulis : Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i